in

Awie Dedah Pernah Menjadi Penari Sebelum Jadi ‘Rockers’ Sejati?

wregafer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa lagi kalau tak kenal Awie? Penyanyi yang pernah mencetuskan fenomena industri muzik di Malaysia dengan pembawaan lagu rock kapak pada ketika dahulu sehinggalah hari ini.

Penyanyi daripada kumpulan Wings itu semestinya dikenali dengan personalitinya yang ganas selari dengan lagu-lagunya yang boleh dikatakan keras dan ganas untuk didengar oleh peminat sejati.


Tapi, korang tahu tak di sebalik perwatakan Awie yang dilihat ganas dan menggerunkan, rupanya penyanyi rock kapak ini menyimpan 1001 rahsia yang tidak diketahui oleh semua orang.

Awie pernah menjadi penari sebelum bergelar rockers?

Video yang berdurasi empat minit itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan sebuah rancangan realiti iaitu ‘OK Let’s Go’ dengan menampilkan Awie sebagai tetamu jemputan pada waktu itu.

https://www.tiktok.com/@marbellanne/video/7152004630543600923?embed_source=null_null_null&is_from_webapp=v1&item_id=7152004630543600923&refer=embed&referer_url=himpunanceritalawak.com%2F2022%2F10%2F11%2Fdedah-diri-sebenar-sebelum-jadi-rocker-awie-rupa-rupanya-pernah-jadi%2F%3Ffbclid%3DIwAR1rCzkoKQWYhdwZCVnFskvibqbGIH9FtnxKtgIBlsCaEXiZ_j2uM4syNgI&referer_video_id=7152004630543600923

Menerusi video tersebut, Awie mendedahkan diri sebenarnya bukanlah apa yang dilihat sekarang iaitu ganas sebaliknya dia adalah seorang penari.

“Sebelum ini. saya seorang penari yang fleksibel seperti zapin dan breakdance.”

Dia juga mengatakan bahawa dia tidak sedar bahawa dirinya berkemampuan untuk menyanyi dan menjadikan bakat tersebut sebagai sumber rezeki dan akhirnya berjaya menambat hati ramai rakyat Malaysia dengan lagunya yang masih didengar sehingga kini.

Netizen tak sangka dengan pendedahan Awie

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi mengenai pendedahan Awie itu dan mereka tidak menafikan bahawa penyanyi tersebut sememangnya mempunyai perwatakan yang kelakar.

Screenshot 2022 10 11 at 5.38.30 PM

Screenshot 2022 10 11 at 5.38.53 PM

Screenshot 2022 10 11 at 5.39.13 PM

Min memang minat Datuk Awie ni lebih-lebih lagi penampilannya yang kelakar!

Baca: “Rocker atau beruk?” – Tindakan Meludah Atas Pentas, Awie Sound ‘Attitude’ Noh Salleh?

Screenshot 2022 10 11 at 5.43.27 PM

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.