Ketika kita sedang sibuk melakukan persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan dalam beberapa hari lagi, ada sebahagian penduduk Yogyakarta sudah mula menunaikan ibadah puasa sejak semalam.
Menurut laporan Kompas TV, jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta sudah mula menunaikan solat tarawih dua hari lepas (6 Mac 2024) dan terus menyambut 1 Ramadan semalam.
Hal tersebut tular selepas video perkongsian jemaah masjid berkenaan menunaikan solat tarawih dimuat naik di platform TikTok.
Artikel berkaitan: Tarawih Kilat 20 Rakaat Dalam 10 Minit Di Indonesia Sudah Diamalkan Sejak 116 Tahun Dulu
Artikel berkaitan: [VIDEO] Meriah Tradisi Kejut Sahur Di Balakong, Siap Bergendang Lagi Tapi Ada Yang Tak Suka?
@sekilas_gunungkidul Sholat Tarawih pertama di Gunungkidul nih… Jama’ah Masjid Aolia di Kecamatan Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta menggelar Sholat Tarawih malam ini. Perayaan 1 Ramadhan Jama’ah Masjid Aolia ini akan dimulai pada Hari Kamis 7 Maret 2024. Sholat Tarawih sendiri dilaksanakan dengan 23 raka’at lengkap dengan Sholat Witir. Daerahmu kapan menjalankannya wirrr… #sekilas_gunungkidul #sekilasgunungkidul #gunungkidul #GUNUNGKIDUL #panggang #ramadhan #ramadhan2024 #sholattarawih #tarawih
Difahamkan, jemaah Aolia di sana berbeza dengan majoriti ajaran agama Islam yang lain. Imam masjid tersebut yang dikenali sebagai KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo memaklumkan solat tarawih yang dilaksanakan di Masjid Aolia sama dengan di tempat lain.
“Semua sama dengan saya, saya imamnya, masing-masing ada imam, wakilnya saya.
“(Solat Tarawih) saya dengan witirnya itu 23 (rakaat). Sebaiknya saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama (Kanwil Kemenag) Gunungkidul, Sa’ban Nuroni mengatakan, pihaknya akan terus memudahkan jemaah Aolia walaupun terdapat perbezaan pendapat.
Justeru, beliau berharap agar umat Islam yang lain menghargai dan menghormati apa yang dilakukan oleh jemaah Aolia kerana mereka memahami perbezaan ini.
Menerusi perkembangan lain, Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia menetapkan hari pertama Ramadan pada 11 Mac.
Jika tiada penampakan berlaku sehingga matahari terbenam, Ramadan akan bermula pada 12 Mac.
Hmm, mungkin mufti atau agamawan boleh menjelaskan isu ini?
Sumber: Astro Awani, Kompas TV