in

“Awak pun pandai main politik” – Kritikan Ajai Kepada Ajoi Zainal Undang Kecaman Netizen

Untitled Design 2022 02 28T112829.385

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Big Stage merupakan sebuah rancangan realiti nyanyian yang menampilkan bakat-bakat muda industri muzik tanahair atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) yang menjadi penanda aras bagi generasi awal BBNU yang ingin kembali aktif dalam industri muzik.

Rancangan tersebut diadili oleh beberapa orang juri tetap termasuk penyanyi dan komposer terkenal Ajai, serta penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza.


Semalam, timbul sebuah kontroversi dalam rancangan tersebut apabila Ajai mengeluarkan sebuah komen yang agak ‘pedas’ kepada salah seorang peserta rancangan tersebut iaitu Ajoi Zainal.

Ajoi mempersembahkan lagu Jangan Khianati Aku yang asalnya dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter dan apabila persembahannya selesai, Ajoi kelihatan tidak berapa sihat. Dia juga memberitahu hal tersebut kepada pengacara malam itu, Alif Satar dan Elly Mazlein.

“Awak pun pandai main politik”

Persembahan tersebut mempunyai beberapa kesalahan dari segi teknik nyanyian dan disebabkan itu, Ajai seolah-olah berkata Ajoi menggunakan masalah kesihatannya sebagai alasan untuk tidak membuat persembahan terbaik.

Perkara tersebut mengundang kecaman netizen kerana rata-rata penonton merasakan Ajoi membuat persembahan yang agak baik, malah dia juga turut dipuji kerana lagu yang dinyanyikan itu bukanlah sebuah lagu yang mudah.

Untitled Design 2022 02 28T111439.957

Selain itu, kondisi kesihatan Ajoi juga dikatakan agak teruk dan dia telah pun dikejarkan ke hospital selepas persembahannya itu.

Video di belakang pentas menunjukkan peserta tersebut sedang dirawat oleh pasukan perubatan di situ dan video tersebut telah viral sejak semalam.

@501awani

Situasi belakang pentas selepas @ajoi_zainal buat persembahan. Semoga cepat sembuh Ajoi #SembangEntertaiment #trendingnewsmalaysia #BigStage2022 #BeritadiTiktok

♬ original sound – ??Astro AWANI?? – ??Astro AWANI??

Semoga Ajoi cepat sembuh!

Baca: “Saya hampir giveup” – Dipertikai Masuk Big Stage Ajoi Zainal Kongsi Keberadaanya Dalam Industri Muzik

Untitled Design 2022 02 28T111007.755

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.