in

“Awak masih BERHUTANG” – Hidayah ‘Sound’ Ali Puteh, Bisnes Makin Laris Tapi Saman Tak Bayar?

Hidayah Tuntut Ali Bayar Hutang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bangkit daripada cemuhan dan kritikan orang ramai selepas terpalit kes saman dengan kakak ipar, Ali Puteh katanya sekarang sedang giat berbisnes menjual sambal petai terangkat dan jering berlado di media sosial.

Bisnesnya juga katanya sedang meningkat naik apabila ada pelanggan mengulang tempah makanan tersebut.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Ali (@aliputeh_official)

Namun perkara ini mendapat perhatian balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali yang mendakwa adik iparnya itu masih belum membayar hutang walaupun bisnes kini sedang laris.

Hidayah ‘sound’ Ali bila nak bayar hutang? 

Menerusi perkongsian Hidayah di Instagram, dia telah menegur adik iparnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau Ali Puteh yang didakwa belum membayar hutang kes saman tempoh hari kepadanya.

Katanya lagi, Ali Puteh kini berhutang dengannya sebanyak RM76,167.28, manakala kakak pelawak berkenaan pula masih berhutang dengan Hidayah sebanyak RM2,000 sebab kalah saman.

Saman Ali Puteh

Bagus lah tapi duit saya menang saman dari 18/02/2022 sampai ke hari ni 2023 belum bayar dan jangan buat-buat lupa ya. Dah bulan 8 ni masih awak tak bayar lagi duit saya sampai sekarang ya.

“Jangan diam sahaja dan jangan lupa bayar. Awak masih berhutang dengan saya RM76,167.28 sehingga kini. Kakak awak masih berhutang dengan saya RM2,000 sebab kalah saman.

“Belum bayar dari 2022 sehingga kini 2023. Berdiam sahaja sehingga lah 2023 sudah. Sekarang kan viral tentang orang berhutang kan, so hutang wajib kena bayar,” katanya.

Posting berkenaan telah mendapat pelbagai komen netizen yang meminta Ali menjelaskan hutangnya dan tidak lagi berdolak dalih akan hal tersebut.

Terdahulu, Siti Norhidayah telah menang kes saman fitnah yang difailkan oleh adik iparnya, Ali Puteh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Februari 2022.

Ali Puteh diperintahkan untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah berhubung kenyataan aib yang dikeluarkannya di Instagram pada 3 tahun lalu.

Baca: Gagal Bayar RM 60K Kepada Nur Hidayah, Ali Puteh Terkejut Rumah Ibu Disita

Ali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.