Susulan content yang dimuat naik pempengaruh Imran Bard yang dikatakan mengaibkan imej aktres senior, Ellie Suriaty, pelakon Tiz Zaqyah menggesa pempengaruh tersebut untuk membuat permohonan maaf secara beradab.
Menurut Tiz dalam perkongsiannya di Thread, dia tidak bersetuju dengan cara Imran menghasilkan content di media sosial selain perlu membuat permohonan maaf tersebut dengan cara yang lebih beradab dan ikhlas.
Artikel berkaitan: “Ibu di hospital mana? Biar saya ziarah” – Ellie Suriaty Anggap Video Maaf Tak Ikhlas, Tetap Mahu Jumpa Ibu Imran Bard
Artikel berkaitan:“I respect Makcik Ellie” – Imran Bard Mohon Maaf Dengan Ellie Suriati, Akui Diri Sedang Serabut Sebab Ibu Sakit
Imran, awak telah menyinggung perasaan orang lain dan cara terbaik ialah meminta maaf dengan cara yang sepatutnya, ikhlas dan beradab.
“Saya kurang bersetuju dengan cara awak meminta maaf sebelum ini. Awak ada perjalanan yang masih panjang, tetapi dengan sikap yang begini? Maaf pun tak menjadi apa-apa,” katanya.
Tiz juga pada masa yang sama memuji Ellie Suriaty sebagai seorang yang berhati mulia, selalu memberi kata-kata semangat dan akan bercakap baik tentang orang lain.
Pelakon Dejavu di Kinabalu ini juga mendoakan agar semuanya dipermudahkan buat ibu Imran Bard yang dipercayai sedang dirawat di hospital.
Moga dipermudahkan buat ibu awak yang sedang sakit juga. Salam,” katanya lagi.
Selain Tiz, selebriti lain seperti Rita Rudaini dan Datuk Aaron Aziz juga ada memberi pandangan dan teguran mengenai kemelut yang berlaku di antara Ellie dan Imran.
Harapnya semoga isu ini cepatlah selesai dan kedua-dua belah pihak saling berbaik-baik semula. Dah nak Ramadan kan, tak eloklah dipanjangkan.