in

Asyik Kena Kacau Masa Buat Kerja Kat Rumah, Ayah Bertindak ‘Sellotape’ Anak Atas Lantai!

combine baby 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan negara di dunia telah membuat inisiatif untuk mengawal pergerakan orang ramai daripada keluar rumah demi menghentikan rantaian wabak Covid-19.

So, confirm ada sesetengah individu yang perlu work from home berikutan dengan kawalan pergerakan ni. Berikutan untuk bekerja dari rumah sudah pasti ada yang berasa gembira sebab dapat bersama dengan keluarga walaupun tengah kerja.


Namun, ada juga benda lain perlu fokus iaitu dengan melayan kerenah anak-anak sewaktu berada di rumah.

Perkara ini berlaku di Thailand dimana seorang ayah bertindak untuk ‘sellotape’ anaknya di atas lantai supaya dia berhenti menganggunya untuk buat kerja. Alahaii, kesiannya.

baby 3

Menurut WOB, gambar itu telah dikongsikan oleh ibu kanak-kanak tersebut di Facebook yang menggambarkan anak perempuannya dengan muka innocent baring di atas lantai dengan bantal dan empat sellotape besar ‘melekat’ di atas badan anaknya.

Dapat dilihat keadaan di situ dimana ayah kanak-kanak itu sedang menghadap laptop dan anak perempuannya itu baring di atas lantai tanpa menunjukkan expression menangis.

Maybe ayah dia tak tahu nak buat apa nak bagi anak dia duduk diam, tu yang dia buat macam tu

baby 4

Sini kita dapat lihat setiap ibu bapa ada cara diorang sendiri macam mana nak handle anak kat rumah. Rasa-rasa kejap je budak tu stuck kat situ, nanti boleh lah kot dia lepaskan diri. 

Baca : “Boleh tak saya keluar main dengan kawan-kawan”- Comel! Gelagat Anak Kecil Curi-curi Keluar Rumah Guna Kostum Baby Shark

baby 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.