Bila bercakap pasal haiwan peliharaan mesti ramai yang terbayang kucing ataupun anjing yang comel dan manja, tetapi kita perlu sentiasa ingat yang haiwan peliharaan ni adalah amanah yang diberikan kepada kita.
Kita kena bertanggungjawab terhadap haiwan tersebut sampai bila-bila, ini termasuk menjaga makan dan minum mereka, menyediakan tempat tinggal dan menjaga kebajikan haiwan itu.
Walaubagaimanapun, ada segelintir pihak yang sanggup meninggalkan haiwan ini tanpa rasa belas kasihan.
@juliaritanordin kenapa la ikat die kt sini mcmni😥😭…xdipantau…xdibg makan…#fyp #animalrescue #animallover #dog #puppy #animalrights #saveanimals #crueltyfree
Baru-baru ni telah tular sebuah video yang menunjukkan seekor anjing yang diikat pada grill pintu sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan. Perkara yang menyedihkan adalah keadaan anjing tersebut yang kelihatan kurus dan tidak terurus.
Oleh kerana kesian melihat keadaan anjing tersebut, wanita itu memberikan beberapa ketulan ayam goreng dan juga semangkuk susu. Dia terkejut kerana dikatakan sebelum ini anjing itu mempunyai bulu yang sangat cantik dan terurus.
Setelah memberi makanan dan minuman kepada anjing itu, dia bertindak menelefon pasukan keselamatan haiwan untuk membantu menguruskan anjing tersebut.
@tekktukk ini cerita sebenar anjing tersebut disebalik ….video yang ….fyp tu 😞 #seo #poodle #dog #animalrescue #truestory #crueltyfree #animalrights #animallover #saveanimals
Anda boleh tengok video asal di sini.
Rata-rata netizen terharu dengan tindakan wanita tersebut dan berterima kasih kerana menyelamatkan anjing tersebut.
Kalau kita mempunyai haiwan peliharaan, kita kena selalu beringat untuk mejaga mereka dengan baik, mereka pun makhluk ciptaan Allah juga..
Baca : “Ugut nak campak dalam sungai” – Penculik Kucing Minta RM 6,000 Sebagai Wang Tebusan