Denyut jantungku berdebar, terasa indahnya, dunia ini kita yang punya…
Mesti ramai yang tak sengaja ternyanyi sekali kan? Itulah lagu yang berjudul Casablanca dendangan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang kini sedang viral di laman media sosial TikTok tempatan.
Tidak dapat nafikan, dek kerana lagu itu sangat catchy, ia menjadi siulan ramai tidak kira usia. Malah, lagu tersebut juga banyak digunakan dalam video-video di TikTok dan tidak kurang juga yang memilih untuk menjadikan lagu itu sebagai cover.
Lagu tersebut juga banyak digunakan oleh content creator negara jiran kita, Indonesia dan lagu itu juga sedang meningkat naik dalam carta di sana.
Pun begitu, budaya claim seakan tidak dapat lari daripada rumpun nusantara ini, yang terbaru terdapat sebuah video yang dimuat naik oleh portal hiburan dari Indonesia yang mengatakan lagu Casablanca itu ‘berbunyi’ seakan Bahasa Indonesia.
@faktanyamusik Menurut kalian itu Bahasanya kebetulan emang mirip atau gimana guys? 😃 “Nuha Bahrin, Naufal Azrin – CASABLANCA”#faktanyamusik
“Semua nak di ‘claim'”
Sudah pastinya, video yang sudahpun mendapat hampir 3 juta tontonan itu dibanjiri dengan komen netizen Malaysia yang menentang sekeras-kerasnya kenyataan portal tersebut malah, netizen Indonesia juga mengakui lagu tersebut adalah lagu buatan Malaysia dari awal.
Korang ni, takmo gaduh-gaduh. Kita kan serumpun! Jom nyanyi sama-sama!
Baca: ‘Claim’ Nasi Lemak Singapura Lagi Sedap Dari Malaysia, TikToker British Kena ‘Bash’