Semasa bulan puasa yang lalu, kecoh diperkatakan mengenai isu nasi arab dari Chef Ammar yang enak katanya dimasak menggunakan salah satu rempah yang bernama ‘saffron’.
Saffron ini biasanya digunakan untuk masakan dari Timur Tengah dan antara tarikan rempah ini ialah aroma dan rasanya yang menarik.
Tapi tahukah korang, rempah yang digelar ’emas padang pasir’ ini sangat sukar diperolehi dan mempunyai khasiat yang tersendiri? Ini 5 fakta ringkas mengenai saffron yang korang mungkin tak tahu.
1. Asal usul rempah termahal dunia
Saffron adalah antara rempah yang boleh dikatakan sangat berharga dan termahal di dunia. Menurut Kompas, saffron yang berkualiti boleh didapati dengan harga USD 5,000 untuk 450g yang mana bersamaan dengan RM21,235! Fuh mahal!
Perkataan ‘saffron’ dipercayai berasal daripada perkataan Arab za’faran yang membawa maksud kuning. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi.
Pokok saffron ini pula dikatakan berasal dari Timur Tengah dan juga di Greece, Turki, Iran dan Kashmir. Ia lazimnya tumbuh di kawasan pergunungan dengan iklim sederhana. Namun bagi tujuan komersial, saffron kini ditanam di kawasan tanah pamah.
2. Proses penuaian yang sangat rumit
Bagi mendapatkan 1kg stigma saffron, sebanyak 120,000 kuntum bunga saffron diperlukan tau! Harga bagi setiap gram saffron juga seperti yang telah dinyatakan di atas boleh mencecah ribuan dollar segram.
Proses menuai saffron ini sangatlah rumit dan memerlukan banyak tenaga manusia yang mana memerlukan lebih kurang 40 jam bekerja untuk mendapatkan proses yang sempurna.
Bunga saffron yang matang akan dipetik dan stigmanya atau benang merah yang ada pada bunga tersebut akan ‘ditarik keluar’ dan dikumpulkan.
Proses memetik bunga saffron akan dilakukan pada awal pagi iaitu ketika bunga tersebut kembang dan mekar. Selain untuk menjaga kualiti, tindak balas kimia pada stigma bila terkena cahaya matahari juga diberi keutamaan supaya tak menjejaskan rasa dan aroma ‘benang’ saffron itu.
Korang boleh tengok proses ini dengan lebih lanjut seperti dibawah:
3. Khasiat saffron pada kesihatan
Menurut kajian, saffron boleh meningkatkan sistem kardiovaskular yang sihat. Ia juga dikaitkan dengan kajian yang katanya boleh mengurangkan simptom prahaid atau PMS bagi wanita.
Dalam satu kajian di Malaysia, penyelidik juga mengkaji sifat rasa kenyang di dalam saffron. Peserta wanita diberikan kapsul kenyang dua kali sehari dan plasebo tidak aktif tanpa sebarang sekatan ke atas pengambilan makanan.
Selepas 2 bulan, mereka yang menggunakan ekstrak saffron dilaporkan mengalami penurunan pengambilan kudapan dan turun berat badan daripada kumpulan yang dikawal.
Penyelidik membuat kesimpulan bahawa herba ini boleh membantu rawat obesiti dengan menyekat selera makan dan menggalakkan penurunan berat badan.
4. Cara guna saffron
Menurut sejarah turun temurun, bahagian saffron yang boleh dimakan ialah tangkainya yang panjang, kurus dan keemasan di dalam bunganya.
Herbanya boleh didapati di dalam bentuk kisar atau benang, namun dikatakan lebih baik dalam bentuk benang sebab kualitinya lebih tinggi.
Benang saffron ini boleh digunakan dalam masakan nasi dan sayur, daging, makanan laut, ayam, itik dan makanan yang dibakar.
5. Saffron dalam unsur mitos
Bagi yang tak tahu, saffron ini pada era Greek kuno digelar sebagai ‘Darah Hercules’ dan ia digunakan sebagai tangkal perlindungan serta setanggi untuk upacara keagamaan.
Kek saffron juga dipersembahkan sebagai menghormati Tuhan kesuburan.
Herba ini juga disebut dalam Kitab Zabur iaitu dalam ‘Songs of Solomon’ sebagai salah satu daripada rempah ratus yang paling berharga. Ia hanya boleh dituai oleh wanita berstatus tinggi seperti paderi wanita yang mengenakan pakaian yang diwarnakan dengan saffron.
Bila cakap pasal saffron ni mulalah teringat pasal nasi arab Chef Ammar ni kan… Alahai tak dapat lagi merasa sejak Ramadan hari tu.
Baca: “Bagi peluang dekat lain juga” – Lepas Ditegur Pelanggan, Chef Ammar Tetapkan Peraturan Baru