Rasanya masih ramai lagi yang sedih dengan berita kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Pegawai Komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas yang meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika latihan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia baru-baru ini.
Terbaru, kakak kepada isteri allahyarham Nour Shafinar Harun dalam postingnya di facebook Sha Qalif ada berkongsi satu berita gembira namun tidak sempat untuk dikongsikan bersama dengan arwah.
Isteri allahyarham, Nour Shafinar Harun baru tahu dirinya hamil lepas 2 hari pemergian suaminya…
Sekiranya arwah ada pasti ini merupakan berita paling gembira buat arwah, dengan kehadiran cahaya mata baharu.
Namun apa kan daya, arwah telah pergi buat selama-lamanya.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=496653667578891&id=100017027853696
Alhamdulillah.. selesai semua urusan untuk Balu isteri Mejar Zahir Armaya.untuk adik ku.. inat tabah lah atas ape yg telah terjadi.. redha Alhamdulillah juga 2 hari selepas arwah pergi rupanya ade sinar baru balu positif hamil kalau arwah ade mesti dia happy sangat2 tapi malangnya arwah blom sempat tahu yg beliau akn menerima cahaya mata lagi..
Arwah tinggalkan penggantinya.. semoga inat kuat demi janin yg dikandung ye..Untuk izzul ini ada lah kenangan untuk izzul ye.. nanti besar ingat ye syg daddy pergi sebagai wira..
Datang mu tidak diundang, jika ragu harap pulang






Balu allahyarham bakal mulakan hidup baharu di Ipoh, November depan
Difahamkan balu allahyarham Mejar Zahir akan membawa anak-anaknya ke Ipoh untuk memulakan hidup baru.
Mengikut perancangan Nour Shafinar dan tiga orang anaknya, Muhammad Irfan Daniel (10), Nur Adriana (6) dan Izzul Zakly (6 bulan) bakal berpindah ke Ipoh pada November depan.
Semoga Nour Shafinar dan anak-anak terus kuat!