in

“Arwah jarang belanja banyak” – Mangsa Kemalangan Di Dungun Sempat Hadiahkan Ibunya Emas

Hadiah Ibu Emas Pelajar Uitm Dungun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemalangan melibatkan empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, Kuala Terengganu yang dirempuh sebuah kereta SUV pada Rabu malam ternyata meruntun jiwa.

Pastinya, ahli keluarga mangsa yang lebih terkesan dengan tragedi terbabit. Antara yang terkesan, ahli keluarga kepada Khairil Anwar Jamaludin, 20, salah seorang daripada tiga pelajar yang maut dalam kemalangan tragis berdekatan kampus berkenaan di Kampung Sura Hujung.


Arwah sempat hadiahkan ibunya emas

Bapa kepada arwah Khairil Anwar iaitu Jamaludin Husin berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka hadiah emas oleh anak bongsunya itu kepada ibunya, Norma Mohamed Nor pada minggu lepas merupakan pemberian terakhir sebelum pergi buat selamanya.

Screenshot 2024 10 10 163627

 

Artikel berkaitan: “Mereka ‘dijemput’ dalam keadaan sama” – Bapa Mangsa Kemalangan Di Dungun Sudah Tiada Anak Lelaki

Artikel berkaitan: “Nampak motor atas jalan tu, hancur hati saya” – Pelajar Hiba Hilang 3 Rakan Baik Sekaligus

Khairil Anwar sebelum ini menghabiskan cuti semesternya selama dua bulan dengan bekerja secara sambilan di kiosk minuman sebuah pasar raya di Ampang, Selangor.

“Arwah jarang membelanjakan wang yang banyak sebelum ini, tapi ketika saya dan isteri hantar dia pulang ke kampus hujung minggu lalu, dia turut membelanjakan wang gajinya untuk membayar bilik penginapan kami dan belanja kami makan.

“Kami juga agak terkejut dan tak sangka dia ada beli emas dan itu pemberian terakhir untuk ibunya,” katanya.

2841218

Sempat hantar video memasak

Menurut Jamaludin kali terakhir mereka berhubung ketika anaknya berkongsi video masakannya kepada ibunya, iaitu beberapa jam sebelum kemalangan.

“Khairil seorang anak yang pandai berdikari. Petang semalam dia ada hubungi ibunya untuk berkongsi video dia memasak nasi goreng. Dia memang pandai dan rajin memasak di kampus untuk berjimat,” katanya.

Difahamkan, Khairil merupakan insan kedua pergi dalam keluarga selepas anak sulungnya juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada bulan yang sama, tujuh tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.