in

Arab Saudi Luluskan Akad Nikah Di Masjdil Haram & Masjid Nabawi

nikah 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis akad nikah antara momen yang pasti kita akan ingati selamanya, jadi persediaannya seperti busana serta lokasi majlis perlulah dilakukan dengan teliti.

Terbaru, Arab Saudi mengumumkan umat Islam kini dibenarkan untuk melakukan akad nikah di dua masjid utama di situ iaitu Masjidil Haram serta Masjid Nabawi.


Artikel berkaitan: “Pelbagai aktiviti dibuat sejak zaman Nabi” – Prof UKM Anggap Bersilat Dekat Masjid Nabawi ‘OK’ Sebab

Artikel berkaitan: [VIDEO] Bonceng Nenek Ke Masjid, Polis Trafik Diberi Penghargaan Ketua Polis Kelantan

masjid nabawi

Menurut laporan Sinar Harian, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Arab Saudi untuk memperkaya pengalaman jemaah haji dan pengunjung ke dua buah masjid suci itu.

Dalam pada itu, pegawai perkahwinan di Arab Saudi, Musaed Al-Jabri, menjelaskan bahawa menjalankan akad nikah di Masjid Nabawi adalah dibenarkan dalam Islam malah, Nabi Muhammad SAW diketahui telah mengadakan upacara perkahwinan seorang sahabat di masjid tersebut.

“Ada di antara mereka mempunyai tradisi mengundang saudara-mara pasangan yang bakal menikah.

Selalunya, rumah keluarga bakal isteri tidak dapat menampung semua undangan. Jadi, akad nikah dijalankan di Masjid Nabawi atau Masjid Quba (masjid pertama dibina dalam Islam),” katanya.

Selain itu, Al-Jabri turut memberitahu hadirin yang memeriahkan majlis juga perlu mematuhi peraturan ditetapkan bagi memelihara kesucian kedua-dua masjid tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.