Kebiasaannya, kucing kampung lebih bersifat lasak dan kasar berbanding kucing bandar. Namun, lain pula buat kucing berwarna jingga atau lebih dikenali sebagai Oyen ini yang mencuri tumpuan.
Bak kata orang Malaysia, kucing Oyen memang ada perangai mereka yang tersendiri. Video melibatkan Oyen ini tular di TikTok dan telah mencapai lebih setengah juta jumlah tontonan.
@rseza_308 #bila kucing bdr balik kg #oyen #mycat #mycomel #myank #dgnkucingkecikpuntakutke?
Dalam video tersebut, kucing Oyen kelihatan begitu aktif bermain sehingga memanjat tiang di hadapannya. Dalam pada masa yang sama, kucing-kucing kampung yang lain seolah-olah kebingungan melihat gelagat si Oyen.
Menurut pemilik Oyen, dia pulang ke kampung dan membawa sekali kucingnya agar dapat bermain bersama kucing-kucing yang lain.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan perkongsian video ini.
Siapa ada bela kucing Oyen dekat rumah?
Kredit: rohaizah
BACA: ‘Oyen & The Gang’ Selamat Masa Banjir, Berpaut Pada Rel Langsir Sambil Silang Kaki