Isu ciplak jenama Sambal Nyet milik pempengaruh Khairul Aming oleh seorang peniaga di platform e-dagang telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna.
Namun, ada juga individu yang menyebelahi peniaga tersebut dengan menyatakan bahawa tindakan itu tidak salah kerana dianggap hanya meniru dan bukannya menipu.
“Inilah perkara yang betul dibuat, dan sebenarnya cara yang dia buat ini adalah cara bagaimana banyak brand antarabangsa ditiru,” katanya di Facebook.
Artikel berkaitan: “Tiru sebijik” – Sambal Nyet Kena Plagiat, Netizen Nasihat Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-undang
Artikel berkaitan: “Ada 8 tuntutan disenaraikan” – Isu Sambal Nyet Ciplak, Khairul Aming Hantar Surat Tuntutan
Menurut individu terbabit, perbuatan yang dilakukan oleh peniaga itu hanya memfokuskan kepada spilover jenama Khairul Aming.
“Jadi dia menipukah? Tak ada dia menipu. Orang salah beli sebab tak baca label betul-betul.”
Dia juga menekankan perbezaan antara melakukan perkara yang betul dengan melakukan perkara yang beretika.
“Jangan keliru dengan membuat perkara betul dengan membuat perkara beretika. Betul tidak semestinya beretika. Betul kerana apa yang dia buat, itu betul-betul buat duit. Tidak beretika, itu hal lain.”
Bagaimanapun, kenyataan yang dilontarkan individu terbabit telah dikritik kerana ramai yang menganggap pandangan itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.
Sorang tolong check mamat ni. Aku menyirap betul baca. https://t.co/i4CkcIbX4a pic.twitter.com/2Qj2Qpk2WC
— ian (@lANZAlNAL) December 28, 2023
Malah, netizen menyangkal dakwaan individu itu berhubung jenama antarabangsa mengunakan cara tersebut dengan disertakan beberapa bukti berlaku kes saman-menyaman antara syarikat.
Sementara itu, Khairul Aming bertindak mengambil tindakan undang-undang dengan mengemukakan sebanyak lapan tuntutan terhadap peniaga terbabit.
Sumber: Facebook