Rasanya kalau kita bercakap pasal sukan, mesti korang semua terbayang temasya sukan yang megah macam Olimpik, Paralimpik Sukan SEA, Piala Dunia FIFA dan sebagainya lah! Kalau nak listkan satu-satu, banyak ni…
Dalam kita menghargai atlet-atlet yang dah banggakan nama negara di pentas dunia, ternyata terdapat segelintir kisah mereka yang meruntun jiwa namun tidak ramai yang tahu.
Seperti yang tular di Twitter baru-baru ini, seorang pengguna media sosial itu meluahkan rasa terkejut dan kecewanya selepas pertemuannya dengan seorang bekas atlet paralimpik negara yang menjual tisu di sekitar Bukit Bintang.
Someone was selling this tissue cover in Bukit Bintang yesterday. She was in her wheelchair, & wearing the recognizable 'Harimau Malaya' polo shirt.
She was holding a torn up laminated newspaper, and I could only make up what the title was-
"Bekas Atlet Renang OKU Dicemuh". pic.twitter.com/u2SJmJ1wDb
— Fayadh (@fxwxb) January 15, 2022
Atlet paralimpik negara itu merupakan Koh Lee Peng, yang pernah mewakili Malaysia dalam acara renang. Beliau juga pernah membawa pulang tujuh pingat emas dan tiga perak di kejohanan Asean Para Games pada 2001 hingga 2005 serta pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Paralimpik pada 2016.
“Dia kenalkan dirinya.. ‘Hi, saya Koh Lee Peng. Bekas atlet para Malaysia. Saya dari Pulau Pinang… ‘ Saya hampir menangis, taktahu apa yang ada dalam fikiran saya masa tu…”
Menurut Berita Harian, Koh Lee Peng memang sudah lama menjual tisu malah pernah dicemuh oleh orang ramai kerana membuat keputusan untuk berniaga kecil-kecilan walaupun statusnya sebagai atlet paralimpik negara yang telah banggakan negara.
Antara sebab utama bekas perenang para negara itu menjual tisu adalah kerana tidak mempunyai kerja selepas bersara dari dunia sukan dan juga ingin menambah sumber pendapatan untuk menanggung kos sara dirinya.
Min dengar Kok Lee Peng sendiri memang seronok berniaga… Katanya dapat hilangkan bosan dari takde buat apa-apa…
Baca: “Nak makan apa RM800 sebulan?” – Atlet Olahraga ‘Geram’ Elaun Bulanan Dipotong