in

“Apa dia merepek?” – Dakwa Suami Heliza Helmi Tak Siapkan Rumah, Ini Respon Datuk Mahadi

Fathia Heliza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Fathia Latiff nampaknya masih disebut-sebut di media sosial, kali ini lain pula ceritanya.

Dalam satu sesi live di TikTok miliknya, pelakon drama bersiri Ariana Rose itu mengeluarkan kenyataan bahawa dia masih menunggu rumah yang dibelinya daripada suami kepada Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.


Artikel berkaitan: Fathia Latiff Tak Mengaku Ganggu Rumah Tangga Orang, Akui Ada Simpan Dendam Dengan Aiman Hakim Ridza

Artikel berkaitan: “Balik umrah tapi” –  Fathia Latiff Mengamuk Dengan Anju, Bengang Kena ‘Spill Tea’ Pasal Perangai Buruk

Menurut mStar, dia sudah pun membayar ansuran bulanan sebanyak RM 2,000 sejak 5 tahun lalu namun bayangan rumah itu masih belum dapat dilihat.

Ftha

“Saya boleh sahaja nak jemput dia untuk bersembang. Saya mahukan rumah saya. Kalau tidak siap juga saya mahu buat tuntutan lain.

Dah lima tahun saya bayar RM 2K setiap bulan,” katanya.

Malah, Fathia yang kini berada di Osaka, Jepun mengatakan dia tidak akan pulang ke Malaysia selagi rumahnya itu belum siap.

Cats 40

Terbaru, Datuk Seri Mahadi menepis dakwaan Fathia dan berkata dia sama sekali tidak bertemu dengan pelakon itu, apatah lagi menjual rumah kepadanya.

“Memang terkejut apabila dia berkata demikian, saya tak pernah kenal dia, tak pernah berjumpa, saya tidak jual rumah dengannya dan syarikat saya tiada perniagaan melibatkan hartanah.

Saya juga sudah semak dengan pengurusan syarikat, memang tiada sebarang rekod urusan dengan dia. Apa yang dia merepek tu? Saya pelik dengan segala dakwaan dia itu,” katanya.

Mahadi juga berkata dia tidak akan berjumpa dengan Fathia susulan dakwaan ini dan dia akan meminta untuk pelakon itu untuk berurusan dengan peguamnya sahaja.

Apa kes pulak ni?

Sumber: mStar (1)(2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.