Nasi bungkus adalah nasi putih yang dimakan bersama lauk-pauk seperti kari ayam, rendang daging, telur balado dan tempe dan banyak lagi mengikut cita rasa masing-masing. Nasi ini biasanya dibungkus dengan daun pisang untuk mengeluarkan aroma yang dapat membangkitkan selera.
Di Indonesia, nasi bungkus sememangnya popular kerana kuantitinya yang banyak dan harganya sangat murah berbanding dengan makanan lain. Makanan ringkas namun sedap dan kaya dengan nutrisi ni juga banyak dijual di warung dan kedai-kedai tepi jalan. Memang terliur min dibuatnya!
Baru-baru ni, viral kat TikTok seorang seller makanan dari negara seberang, Indonesia @ifaddwii yang menggunakan packaging yang bukan sahaja unik dari segi rekaan ala-ala beg tangan, malah packaging ni nampak sangat praktikal dan kemas. Sekali pandang macam packaging restoran mahal tau!
@ifaddwii our packaging??
Dalam video tu, seller tersebut nampak senang je bungkus nasi tanpa guna sebarang getah. Dengan hanya sekali lipatan, bungkusan tu nampak sangat kemas dan takde pun lauk-pauk yang terkeluar. Yang paling comel, lepas elok dibungkus, owner tersebut siap letak sticker info perniagaan dorang kat tengah-tengah. Memang bijak dan kreatif la dorang ni!
Menjengah ke ruangan komen TikTokers Indonesia tersebut, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan packaging yang sememangnya tak cliche serta sangat memudahkan pelanggan. Malah, ada juga yang menyuruh seller tu jual packaging tersebut kat Singapura dan juga Malaysia.
“Please sell this packaging in Singapore and Malaysia. Very clever!” – Komen netizen
Wahh, lepasni bolehla seller-seller Malaysia yang lain ambil inspirasi dari seller Indonesia ni untuk cuba pulak dekat sini. Betul tak korang?
Baca: [VIDEO] Netizen Berdekah Tengok Lelaki Melayu Buat Tutorial Makan Nasi Pakai Tangan