Penanggal merupakan salah satu jenis hantu yang dipercayai dimiliki oleh golongan wanita yang memiliki saka. Tak dapat dinafikan, rupa hantu itu juga sangat menyeramkan kerana menjelma dalam bentuk kepala manusia dengan urat perut dan bercahaya.
Kebiasaannya, hantu itu akan terbang pada waktu malam dan nampak seperti bola api. Semalam, seorang pengguna TikTok @nazz_crow telah memuat naik satu video dan dia mendakwa ternampak hantu penanggal.
Ada hantu penanggal di Kedah?
Individu itu merakam salah satu kawasan yang sunyi di sekitar Jitra, Kedah pada malam waktu malam. Dia yang menunding jari ke arah langit, mendakwa terdengar satu bunyi yang tidak diketahui di kawasan itu.
Artikel berkaitan: 5 Pusat Membeli Belah Paling Berhantu Di Seluruh Dunia Ni Memang Menyeramkan!
Artikel berkaitan: Lelaki Menjerit & Dirasuk Jam 4 Pagi, Penduduk Panggil Polis Untuk Bantu Halau Hantu
Dalam masa yang sama, ada seekor anjing di seberang jalan sedang menyalak sambil kepalanya menghala ke arah kawasan itu.
Bunyi kat atas ni, aku tak tau bunyi apa. Anjing ni menyalak dekat something ni.
Jelas di awal video, terdengar satu jeritan yang menyeramkan dan tidak lama kemudian, individu itu merakam satu objek bercahaya terbang melayang-layang di sekitar tempat itu. Video itu dirakam pada jam 4 pagi tetapi dia itu tidak sempat merakam objek itu dari awal.
Netizen kata sekarang ni musim ‘dia’
Di ruangan komen, ada netizen berkata objek itu sama seperti hantu penanggal yang pernah dilihat di Sabah. Di negeri itu, mereka memanggil hantu penanggal sebagai ‘balan-balan’.
Ada juga yang mendakwa sekarang ini adalah musim makhluk halus memunculkan diri.
Selain itu, ada netizen lain menceritakan pengalaman mereka ternampak hantu penanggal.
@nazzril_88 PENANGGAL KEDAH??#PENANGGAL #popularvideo #fyppppp #JITRA #KEDAH #NAZZCROW #crowteamparanormal
Fuh, seramnya…
Sumber: TikTok