Niat sekumpulan pengedar dadah membela seekor anjing demi melindungi mereka sekiranya diserbu pihak berkuasa terbantut selepas haiwan itu turut sama ‘serah diri’ seolah-olah menyedari jenayah tuannya sudah terkantoi.
Paling comel, dia siap join sekali baring dengan tuannya yang sudah digari di atas lantai.
Metro melaporkan, insiden lucu itu berlaku ketika satu serbuan di sebuah ladang di Hortolandia, Sao Paulo, Brazil.
Operasi terbabit yang sempat dirakam menunjukkan tiga orang lelaki dipercayai pengedar dadah jenis ganja sudah terbaring meniarap di atas lantai sambil tangan mereka digari.

Rakaman terbabit turut memaparkan seekor anjing jenis Rottweiler yang sama-sama baring bersama tuan-tuannya sebaik mereka semua digari.
Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:
Macam tau je yang operasi dah terkantoi, terus ‘serah diri’

Menurut media tempatan, polis berjaya merampas 1,176 batu bata yang sudah disumbat 1.1 tan ganja di dalamnya semasa operasi terbabit. Kesemua bahan terlarang itu disyaki akan dijual di sekitar Campinas, Sao Paulo.
Untuk pengetahuan, anjing terbabit tidak ‘diberkas’ pihak berkuasa dan telah ditinggalkan di bawah jagaan tuan tanah yang sudah dikenal pasti tidak terlibat dengan aktiviti haram berkenaan.
Sumber: Metro
Baca: “Berdosa ke gelak”- Wanita Heret Polis Sekali Jatuh Dalam Semak Gara-Gara Takut Didekati Anjing

