Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksakan penggunaan kamera badan tidak lama lagi.
Menurut laporan Sinar Harian, pengeluaran surat tawaran kepada syarikat terlibat akan dikeluarkan pada bulan Ogos atau September, tahun ini.
Jelas Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, penggunaan kamera badan masih dalam fasa perancangan perolehan.
“Sekarang ini kita sedang usahakan dari segi peruntukan, kemudian akan buat perolehan untuk pemasangan kamera badan,” katanya.
Artikel berkaitan: Hadiah Dari Suami Makan Diri, Ubah Suai Nombor Pendaftaran “Adek Wani” Disaman JPJ
Artikel berkaitan: JPJ Jalankan Ops Cermin Gelap, Ada Pemandu Beri Alasan Tak Tahu Peraturan Ditetapkan & Mahu Elak Cuaca Panas
Bagaimanapun, Aedy berkata, tidak semua unit akan memperolehnya kerana disebabkan kekangan kewangan.
“Nanti akan ada SOP baharu apabila penggunaan kamera badan dilaksanakan dalam kalangan anggota JPJ.
“Untuk masa sekarang penerapan nilai integriti masih tetap berjalan seperti biasa,” katanya.
Kredit: Sinar Harian