in

Anggota FRU Kongsi Di Sebalik Gambar Menangis Sambil Pegang Erat Anak OKU Mangsa Nahas FRU

gambar anggota fru peluk erat anak oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang laporan berita mengenai nahas FRU, sekeping gambar ini telah meraih perhatian ramai di media sosial.

Gambar tersebut memaparkan seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang sedang dalam keadaan sebak sambil memegang erat seorang kanak-kanak lelaki OKU.


Berkongsi detik itu, Koperal Mohd Shaukar Ishak yang juga rakan baik kepada Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Teluk Intan Selasa lalu berkata, dia tidak dapat menahan tangisan sebaik membuka kain kafan arwah pada upacara penghormatan terakhir.

siakap keli article cover 1747358553

Artikel berkaitan: “Dia baru tahu 9 rakannya meninggal dunia. Dia rasa bersalah” – Isteri Pemandu Trak FRU

Artikel berkaitan: Nahas FRU: Isteri Koperal Syed Isfan Dedah Keadaan Suami, Sudah Jalani 3 Pembedahan Di Perut & Dada

Apatah lagi sewaktu itu dia sedang memegang anak sulung Allahyarham Muhd Raqin Najmi, 13, yang menghidap sindrom down, hatinya bertambah hiba.

“Saya tak dapat menahan tangisan, saya rasa apa yang dirasakan oleh kakak Aini (isteri arwah, Nur Aini Samiun) itu turut saya rasai kerana saya baru juga baru kehilangan ibu saya. Jadi saya menangis semahunya sebaik melihat wajah arwah, selepas membantu waris arwah membuka kain kafannya,” katanya.

3127132

Ujar Mohd Shaukar, pada ketika itu dia hanya berniat membantu isteri Allahyarham kerana melihat Nur Aini terlalu penat dan dia menawarkan diri membantu membawa Muhd Raqin Najmi mendekati jenazah bapanya. Katanya, sudah tujuh tahun mengenali arwah dan sememangnya rapat sebagai rakan sekerja.

Sementara itu, isteri Allahyarham berkata sejak semalam anak sulungnya yang dipanggil Najmi itu keluar ke laman rumah menuju ke kereta arwah bagaikan mencari bapanya. Anaknya itu amat rapat dengan bapanya dan akan tidur bersama setiap malam.

Semoga roh kesemua mangsa dirahmati oleh Allah SWT dan semoga ahli keluarga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.