Umum mengetahui bahawa keadaan banjir yang melanda negara kini berada di tahap serius dan makin ramai rakyat yang terjejas selepas bekalan makanan dan elektrik terputus.
Namun, korang pernah terfikir tak apa nasib kepada peniaga kedai gajet pada waktu musim banjir ini? Mungkin ada di antara mereka yang sempat memindahkan barangan mereka, tapi kalau tak sempat apa yang terjadi?
Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang peniaga kedai telefon bimbit yang kelihatan sedih dah pasrah selepas melihat telefon bimbit yang masih baru ditenggelami air banjir telah mendapat perhatian warganet.
@fourmaleaqa byk yg tengelam,,,sabar n redha dgn ujian,,,
Kedai ditenggelami banjir paras lutut..
Melalui sebuah video berlainan yang dimuat naik oleh @fourmaleaqa, dapat dilihat keadaan kedai miliknya yang dipenuhi dengan air banjir yang dianggarkan berada di paras lutut.
Lelaki tersebut juga meluahkan rasa reda melihat barangan elektronik jualannya banyak rosak selepas banjir.
Yang lebih memilukan adalah dia tetap sabar membersihkan tempat perniagaannya walaupun hatinya berat menanggung kerugian yang berlaku.
@fourmaleaqa
Sedekah gajet apa yang masih berfungsi
Dalam video berlainan yang dimuat naik, dapat dilihat dia telah memilih untuk menyedekahkan apa gajet yang masih berfungsi kepada sesiapa yang berada dalam keperluan.
Setelah banjir surut, dia bertindak melambakkan beberapa kotak gajet untuk orang sekeliling datang pilih dan ambil jika ia masih berfungsi.
“Budak-budak kampung datang kutip barang gajet yang tenggelam, ada yang jackpot jumpa phone anggap rezeki untuk kamu ye adik-adik,” tulisnya di kapsyen.
@fourmaleaqa bdk2 kg dtg kutip brng gadget yg tengelam,,ada yg jekpot jumpa phone angap rezeki tuk kamu yea adk2,,,sabar ada lagi brng tengelam akn ku bwa kuar,,aok dop down ,??
Sebagai peniaga yang menempuh bencana banjir setiap tahun, lelaki itu sempat menyelamatkan beberapa gajet yang diletakkan ke dalam kotak dan disimpan di atas syiling kedainya.
@fourmaleaqa bawa trun brng yg sempat msuk syiling,,time tu x silap kul6am pnjat tngga angkt brng msuk syiling,,msa bwa msuk x rasa berat,,time keadaan ok,,berat yg amat nk bwa trun??@Rbrgadget
Apa komen warganet?
Tinjauan ke ruangan komen, ramai netizen telah meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar urusan lelaki terbabit dipermudahkan. Ada juga warganet yang berbaik hati dan masih mahu membeli gajet berkenaan walaupun sudah ditenggelami air banjir.
Semoga abang ni tabah menghadapi ujian ni…
Baca : Lelaki Enggan Pindah Ke PPS Walaupun Banjir Demi Kucing Kesayangan