Musim puasa dan raya dah dekat, selain soalan perihal kahwin, perkara yang paling awkward adalah saat nak bersalaman dengan orang tua tapi baru je tunduk dia dah tarik tangan cepat-cepat.
Pasti ramai antara kita boleh relate kan? Nampaknya ia dah jadi satu isu buat segelintir golongan kerana ada yang anggap perbuatan tersebut tak ada akhlak terhadap anak-anak muda.
Perbuatan kurang ajar?
Ianya menjadi topik perbualan setelah isu ini dibangkitkan menerusi satu perkongsian video daripada TikTok. Menurut pemilik video, tindakan sebegitu dianggap kurang ajar.
Dalam perkongsian tersebut juga, didakwa perbuatan menarik tangan saat bersalaman itu melambangkan bahawa seseorang itu marah dengan si tukang salam ataupun seseorang itu kurang akhlak.
Pemilik video kemudiannya menunjukkan cara-cara yang sopan untuk elak daripada tangan dicium iaitu, menahan bahu, tepuk sedikit dan berdalih seperti menyatakan tangan tak berapa bersih.
“Orang muda itu cermin, apa yang dibuat orang tua itulah yang ditirunya.”
Teguran untuk orang tua. Kalau anda tunjuk contoh tak elok, jangan komplen mana perginya adab orang muda. Ia hilang sebab perangai kamu pic.twitter.com/wycQj3Y7cn
— TikTok Berguna (@TikTokBerguna) February 12, 2023
Dalam masa 17 jam, video tersebut telah meraih sebanyak 3,154 jumlah retweets dan rata-rata netizen kurang setuju dengan info yang disampaikan ini. Bagi meraka ada maksud tersirat yang lain disebalik perbuatan tersebut.
Tanda merendah diri – Netizen
Bagi mereka, gaya itu sebenarnya bukanlah melambangkan bahawa seseorang itu tidak suka pada orang yang menghulurkan salam, tetapi tindakan menarik tangan sebelum dicium itu bermaksud rendah diri dan memuliakan orang yang bersalam dengannya, pendek kata orang itu tak nak dia rasa terhormat.
Walaubagaimanapun, ada juga netizen yang beranggapan bahawa tindakan ini telah membuatkan ramai anak muda terasa hati dengan perbuatan itu. Hurm, apa pandangan korang?
Baca : “Takkan sebab tu je?” – [VIDEO] Jemaah Masjid Ditampar Kerana Salam Tak Pandang Muka