Pada bulan Mei lalu, pemain skuad Harimau Malaya, Faisal Halim menjadi mangsa simbah asid oleh individu yang tidak dikenali, insiden itu menyebabkan Faisal terpaksa menjalani sebanyak empat pembedahan.
Ramai yang mula berkonspirasi berkenaan kes ini namun siasatan sedang giat dijalankan oleh pihak polis, ia termasuklah penghebahan fotofit suspek yang melakukan jenayah tersebut.
Artikel berkaitan: “Buat lawak kena pakai otak” – Afdlin Shauki ‘Sound’ Pelawak Singapura Isu Kutuk Malaysia
Artikel berkaitan: ”Kebanggaan negara” – Biarpun Tidak Mara Ke Peringkat Seterusnya, Kepulangan Skuad Harimau Malaya Dari Piala Asia Disambut Meriah
Terbaru, pengarah serta pelakon tersohor, Dato’ Afdlin Shauki dalam rancangan podcast yang dikendalikan oleh Amelia Henderson, Studio Sembang berkata perbuatan simbah asid terhadap pemain sayap skuad kebangsaan itu satu pengkhianatan.
@studiosembang korang setuju tak dengan pendapat @Shauki Store terhadap insiden ni? so how eh lepas ni? ? more interesting topics dalam episode ni yg korang boleh layan kat @YouTube @Spotify & @Apple Podcasts k! #jomsembang #studiosembang
“Pada saya orang yang buat kepada dia ni, pengkhianat (treason)! Pengkhianat pembalasannya ialah kematian. Ia bukan sahaja pasal Faisal Halim, dia mengganggu seluruh negara.
Dia (Faisal) wakili kita, negara kita. Jangan ingat benda ni kecil,” katanya.
Kenyataan Dato’ Afdlin Shauki yang juga merupakan pengarah bagi filem Harimau Malaya: The Untold Journey itu juga berkata ‘kekacauan’ yang dilakukan oleh individu tersebut kepada Faisal Halim juga membuatkan satu negara terkesan.
“Setuju Dato’!”
Kenyataan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu membuatkan ramai netizen setuju dan rata-rata berharap Faisal Halim diberikan kesihatan agar dapat beraksi semula.
Semoga Faisal halim cepat sembuh!
Sumber: TikTok