Kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang diperlukan oleh petugas kesihatan di hospital dan fasiliti di seluruh negara semakin berkurangan. Banyak pihak telah menghulurkan sumbangan untuk memenuhi keperluan para frontliners kerana mereka perlu menggunakannya untuk merawat pesakit Covid-19.
Usaha murni itu cukup membantu para frontliners dalam merawat pesakit-pesakit ini. Namun, ianya tidak cukup untuk cover semua petugas kesihatan yang berkhidmatan di seluruh negara.
Penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di Kajang, Selangor melakukan inisiatif untuk membantu menyediakan kelengkapan PPE.
Saiful Nang merupakan pengasas bersama RPWP berterima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia kepada usaha murni anak-anak yatim dan asnaf untuk membantu menyiapkan PPE kepada para frontliners, lapor Mstar.
Dia berkata melalui akaun Facebook miliknya, minggu lalu selepas 17,000 face shield dihasilkan dan diedar kali ni kain fabrik sepanjang 52 km akan dijahit siang dan malam dalam memenuhi ruang masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah anak yatim dan asnaf RPWP.
“Bagaimana kita biarkan perwira kita bertempur tanpa pakaian perang?”
Tambahnya, mereka cuma perlu korbankan rehat dan tidur sahaja. Kepenatan itu tidak dapat dibandingkan dengan frontliners yang sanggup korbankan nyawa mereka untuk memerangi ‘musuh’ yang tak kelihatan dari mata kasar.
Menurutnya, tak sampai sehari kain dipotong senarai nama penerima sudah penuh dan Johor, Perak, Sabah dan Sarawak masih banyak yang memerlukan lagi.
Anak-anak RPWP sedih, ingat 22,000 set isolation gown dan tudung sudah mencukup namun ianya masih jauh dari mencukupi.