Di sebalik kemenangan para atlet di sukan olimpik, sebenarnya ada kisah yang kurang menyenangkan dan mungkin berat sebelah.

Perenang China pernah positif ujian doping
Perenang British, Adam Peaty mempersoalkan kemenangan negara tanah besar China pada malam terakhir sukan renang bagi Olimpik Paris 2024 selepas pasukan itu memenangi pingat emas dalam acara 4×100 meter (m) medley berganti-ganti lelaki dan berjaya mengalahkan Amerika Syarikat (AS).
Namun, sebelum menjelang Sukan Olimpik Tokyo tiga tahun lalu, dua daripada empat ahli pasukan itu, Qin Haiyang dan Sun Jiajun pernah dilaporkan positif ujian doping tetapi tidak dikenakan larangan bertanding.
Artikel berkaitan: Atlet Olimpik Triatlon Kanada Muntah 10 Kali Lepas Berenang Dalam Sungai Seine, Paris
Artikel berkaitan: Kenali Imani Khelif, Peninju Wanita ‘Berbadan’ Lelaki Yang Dilanda Kontroversi ‘Jantina’ Di Olimpik
Malah, mereka juga dibenarkan bertanding oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) pada edisi Tokyo 2020 setelah pihak berkuasa China memberikan penjelasan bahawa ia berpunca daripada daging yang tercemar.
Dalam diam, keputusan positif ujian itu tidak didedahkan kepada umum dan terbongkar melalui siasatan New York Times awal tahun ini sekali gus mencetuskan kontroversi pada temasya Sukan Olimpik Paris tahun ini.
Adam Peaty kecewa, nak tarik diri
Adam Peaty yang meraih pingat perak acara 100m kuak dada menyatakan rasa kecewa kerana kemenangan pasukan negara China itu dianggap tidak adil sebenarnya kerana mereka pernah menipu sebelum ini.
Tiada gunanya menang jika tidak menang dengan adil. Jika anda tahu anda menipu, anda sebenarnya tidak menang, bukan? Untuk mereka yang perlu melakukan kerja mereka, bangun dan lakukan kerja anda.
Bagi saya, jika anda terlibat dan telah ‘tercemar’ dua kali, saya rasa sebagai orang yang berintegriti anda sepatutnya dikeluarkan daripada sukan ini. Tetapi kita tahu sukan tidak semudah itu.
Kecewa kerana ada unsur penipuan dalam acara sukan ini, Adam Peaty berkata dia mahu menarik diri dan mungkin ini adalah tahun terakhir dia beraksi.
Saya rasa saya perlu menjauhkan diri daripada sukan ini kerana ia benar-benar menyakitkan kali ini. Mungkin ini adalah renangan terakhir saya di sini.
Kontroversi itu juga mendapat perhatian perenang AS, Caeleb Dressel yang turut mendakwa pesaingnya juga tidak bersaing secara sihat dan bersih tanpa menggunakan bahan terlarang. Dia turut rasa gusar terhadap ketelusan dan ketegasan penguatkuasaan anti doping dalam sukan renang.
Sumber: Kosmo!