in

Anda Pasti Mahu Suami Beri Kejutan Seperti Lelaki Ini Lakukan Kepada Isterinya

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang suami, apa yang paling diharapkan dari seorang isteri sudah semestinya perhatian dan kasih sayang selain turut mahu rasa dihargai.

Baru-baru ni, seorang netizen bernama Jess kongsi kisah di media sosial tentang kebaikan serta layanan baik yang diberikan suami kepadanya.


Duit
sumber: jess tyk

Status itu dimuat naik berserta gambar yang menunjukkan Jess memegang dompet berwarna biru pekat ketika duduk di dalam kereta.

Apa yang menarik perhatian ramai bukanlah kad-kad atau dompet itu tetapi, sejumlah wang kertas bernilai RM50 yang berada di dalam dompet itu. Berkepuk-kepuk~

Mestilah untuk buat belanja makan dan shopping pakaian berjenama kan!

Namun sebenarnya, wang tunai tersebut bukanlah miliknya tetapi suaminya memberi kejutan dengan meletakkan kesemua wang tunai itu ke dalam dompet tanpa pengetahuan Jess. Awwww..

Aww Aw Kerry Washington African American Awww

Menurut Jess, suaminya jarang melakukan perkara sebegitu dan ia adalah sesuatu yang luar biasa dan sangat mengejutkannya. Sekali sekala kena lah hargai isteri macam tu kan…

“Pagi ini, saya perasan ada sesuatu yang luar biasa dengan dompet saya. Apabila dibuka, saya nampak sejumlah wang tunai yang sangat banyak ada di dalam dompet itu. Suami mengaku dia lah yang meletakkan wang tersebut ke dalam dompet.”

Duit2
sumber: jess tyk

Apabila ditanya mengapa berbuat sedemikian, suaminya menjawab,

“Saya jarang belikan hadiah untuk awak, jadi saya beri awak wang tunai ini sebagai belanja.”

Bagi seseorang yang jarang mempunyai wang tunai sebanyak itu di dalam dompet, Jess kemudian menyatakan kebimbangannya tentang hal itu,

“Suami saya sangat penyayang, boleh sahaja dia berikan saya kad dan bukannya wang tunai. Wang tunai sebanyak ini membuatkan dompet saya sangat berat, macam mana saya nak bawa ke mana-mana?”

Betul jugak tu! Takpe lah sekali sekala nak sweet dengan isteri kannnn.

Duit1
sumber: jess tyk

Meskipun wang bukanlah segala-galanya namun apa yang mahu dikongsikan Jess adalah bagaimana suami menghargainya dan memberi layanan yang istimewa. Takkan isteri dah buat macam-macam tak dihargai kan!

Seperti biasa, pendapat netizen pastinya bercanggah antara satu sama lain. Ada yang kongsi dengan teman lelaki atau suami masing-masing, ada juga yang kritik tindakan suaminya berbuat sedemikian. Eh, biarlah duit dia kan!

Apa-apa pun, sebagai seorang suami jangan lah anggap isteri itu hamba abdi. Sekali sekala hargai mereka dan manjakan mereka. Tidak semestinya dengan wang ringgit sebanyak ini, namun cukup sekadar ikut kemampuan masing-masing. Asalkan, isteri rasa dihargai dan disayangi. Tak gituuu?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.