in

Anda Kini Boleh Dapatkan Perkhidmatan Teksi-Motor Semurah RM2.50 Bagi Setiap 3 Kilometer!

F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada siapa suka hadap kesesakan lalu lintas. Especially bila tengah sangkut dalam jam tu, nampak pulak orang yang naik motor lalu melepasi kereta kita. Ehhh, jeles kan?

Apatah lagi bagi mereka yang tidak mempunyai motorsikal atau tiada lesen motor! Kesiannnn~


Dah, tak perlu risau, serabut kepala fikirkan hal tu. Kenapa? Sebab sekarang anda boleh dapatkan perkhidmatan teksi-motor Dego!

Perkhidmatan ini bermula sejak 2015 oleh orang tempatan kita! Bangga tak? 

D3 1

Meskipun belum mempunyai aplikasi namun Dego sudah pun mempunyai laman web rasmi mereka dan perkhidmatan mereka boleh didapatkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Setakat ini, Dego merupakan perkhidmatan teksi-motor yang paling murah kerana kadar caj yang dikenakan sangat rendah. Hanya RM2.50 bagi setiap 3 kilometer!

Katakanlah anda mahu ke KLCC dari Klang Parade (40KM), faham faham jela kesesakan trafik yang akan anda lalui. Tetapi bayangkan jika anda menggunakan perkhidmatan Dego, anda boleh tiba ke destinasi lebih awal (sangat awal!) dengan harga yang sangat berpatutan!

Dengan motorsikal, anda akan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM33 untuk satu perjalanan itu serta tiba ke destinasi tiga kali ganda lebih cepat daripada menaiki kereta. Jimat petrol jugak!

Paling best sekali, anda tidak perlu melalui tol, so lebih menjimatkan!

D4 1
sumber: facebook | dego

Macam mana nak dapatkan perkhidmatan Dego kalau belum ada aplikasi?

Jangan risau, anda boleh simpan nombor telefon Dego (017-2889269) dan Whatsapp ‘RIDE’ bila anda ingin dapatkan perkhidmatan mereka.

Bagi anda yang risaukan keselamatan, jangan risau kerana Dego turut menyediakan helmet kepada pelanggan. Mereka turut mempunyai masa pengesanan (real-time tracking) sama seperti Uber dan Grab di laman web mereka.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengutamakan kebersihan kerana mungkin ada yang risau jika perlu memakai helmet yang diguna juga oleh pelanggan yang lain. Bagi mengelakkan jangkitan kulit kepala atau peluh yang meresap ke lapisan bahagian dalam helmet, Dego akan menyediakan sarung kepala untuk setiap pelanggan.

D6
sumber: the inscriber

Bagaimanapun, berita baik ini bukan hanya untuk penumpang yang ingin mendapatkan perkhidmatan teksi-motor tetapi Dego juga turut memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang ingin melakukan kerja sambilan untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Daripada pergi merempit lebih baik adik-adik semua jadi rider macam ni, dapat juga duit kan…

Selain daripada menyediakan perkhidmatan mengambil penumpang, Dego turut membuat perkhidmatan menghantar dokumen, parcel, bunga, makanan, minuman dan macam-macam lagi.

Dego juga mempunyai pacuan empat roda jika anda mahu memindahkan barang-barang yang terlalu besar untuk dibawa menaiki motorsikal.

D1
sumber: facebook | dego

D

Tak perlu risau untuk bersesak di dalam keretapi atau bas! Tidak perlu serabut memikirkan tentang kadar tambang teksi yang tinggi dan paling penting sekali, tidak perlu lagi runsing kerana kesesakan lalu lintas!

Maklumat lanjut boleh anda dapatkan di Facebook atau laman web rasmi Dego.

Tonton bagaimana Dego beroperasi:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.