Dah masuk tahun 2022 ni, rupanya masih ramai lagi yang skeptikal mengenai penghidap HIV, perlu peka bahawa bukan semua penghidap itu pendosa dan tidak semestinya mereka ini ‘kotor’.
Sifat buruk mereka ini terserlah apabila seorang Audiologis ini ada kongsikan video CSR kepada penghidap-penghidap pesakit HIV, dilihat Dr Shasa Aziz ini melayan mereka begitu baik.
You tak geli ke? – Netizen biadap
Menurutnya, dia bersama pasukannya sering kali membuat kunjungan terhadap anak-anak yatim, cuma kali ini, beliau nak cuba ‘tukar angin’ melawat golongan ini.
Dalam video itu, dapat dilihat penjaga atau Shasa yang lebih mesra dengan panggilan Sha ini usap pesakit tersebut.
https://www.instagram.com/p/CdhwGM1rod_/
Walaubagaimanapun, ada segelintir insan yang bersikap dan berfikiran seperti orang tidak bertamadun memberikan respon yang mereka jijik dan takut tengok caranya sentuh pesakit tersebut tanpa memakai sarung tangan. Teruknya perangai, boleh baca setiap komen mereka. geleng kepala min.
Tak jangkit pun kalau ….
https://www.instagram.com/p/Cdpqjl0Lwqg/
Teguh dengan pendiriannya, Sha menjelaskan bahawa niatnya adalah untuk bersedekah, malah Sha juga menegaskan bahawa dia sudah membuat pemeriksaan badan, dirinya begitu sihat dan dia sikit pun tak kisah jika tidak bawa sarung tangan.
Menjawab teguran mengenai tidak memakai sarung tangan ketika menyentuh pesakit HIV yang dikenali sebagai adik Siti ini, Sha menyatakan dia memang tak hirau jika tak pakai kerana tahu bahawa HIV dan AIDS tidak akan berjangkit dengan sentuhan melainkan jika ada luka.
Malah dia juga tidak memakainya itu adalah sebagai cara untuk menjaga hati pesakit-pesakit di sana. Sha turut memuji kesabaran penjaga tersebut.
“Btw, anak2 ini tidak bersalah, yg melakukan kesilapan itu adalah org tua mereka.. minta dijauhkan!!! Dibwh jagaan mama, Datin Hjh Norlina Hj Alawi, ramai anak2 ini yg berjaya menamatkan pengajian di sekolah Tahfiz termasuk universiti tempatan. Hebat aah!!
So, anak2 ini amat memerlukan support dan perhatian dr masyarakat. Let’s NOT leave them behind k.”