in

Anak Pemimpin Utama GISBH Antara 5 Ditahan Ketika Cuba Rentas Sempadan Malaysia-Thailand

Lari Bkh Gisbh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kira-kira jam 6 petang semalam, pihak polis berjaya menahan lima lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) dan merampas dua kenderaan rekreasi (motorhome) yang mempunyai lambang syarikat itu di Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kejayaan menahan individu dan merampas dua kenderaan rasmi yang mempunyai lambang syarikat dengan nombor pendaftararan X31337 dan X37313 di bandar sempadan Malaysia-Thailand itu adalah hasil siasatan Unit Risikan Sempadan Zon Utara.


Gisbh

Artikel berkaitan: “Kami berani bersumpah” – Staf Restoran GISBH Nafi Letak Air Rendaman Kaki & Janggut Dalam Makanan

Artikel berkaitan: Baru Timang Anak Ke-10, Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Mengugut Seorang Wanita

Hasil pemerhatian mendapati kenderaan tersebut bergerak ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.

“Tindakan pemeriksaan telah dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dan telah berjaya menahan kenderaan itu serta sebuah kereta Myvi bersama lima lelaki berusia 28 hingga 41 tahun terbabit.

“Soal siasat awal dan proses dokumentasi masih dijalankan. Tangkapan dan rampasan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan juga seorang daripada lima individu yang ditahan itu adalah anak kepada pemimpin utama syarikat itu.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan PDRM supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal GISBH.

Makin lama, makin banyak yang terbongkar… 

Sumber: BH

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.