Kemalangan sememangnya tidak dapat dijangka, tiada siapa yang boleh meramal kecelakaan yang bakal berlaku.
Itulah yang terjadi kepada pelakon muda, Erysha Emyra apabila kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar dalam perjalanannya ke tempat kerja.
Artikel berkaitan: “Habis hangus” – Ini Keadaan Terkini Bromo Lepas Terbakar Gara-gara ‘Photoshoot Pre-Wedding’
Artikel berkaitan: Tersalah Curi Kereta Ada Budak Sekolah, Individu Teruk Dibelasah Orang Awam
Erysha yang juga anak kepada pelakon senior Noniswara itu menerusi Instagram miliknya memberitahu dia trauma dengan kejadian itu, difahamkan keretanya terpaksa dihentikan di tepi lebuh raya sebelum ianya terbakar.
Pun begitu, pelakon Chinta Wrong Direction itu sempat menyelamatkan diri sebelum kereta itu terbakar.
Tidak lama kemudian, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan berjaya memadamkan api yang marak itu namun malangnya kereta tersebut hangus serta mengalami total lost.
“Ketika bomba tiba kereta saya sudah hangus terbakar. Selamat tinggal kepada rakan biru saya. Terima kasih atas ‘jasa’ anda selama ini,” luahnya.
Dalam pada itu, Erysha berkongsi dia tidak dapat menahan sebaknya apabila kereta tersebut hangus seratus peratus namun reda dengan kehilangan itu.
Sumber: Instagram