Menyedihkan! Hanya kerana ibu bapanya menagih dadah, anak kecil ini terpaksa hidup merempat di sebuah pondok bawah tangki air Sada Sungai Karangan, Kulim selepas dihalau tuan rumah yang ditumpang mereka sejak tiga minggu lalu.
Namun atas maklumat orang awam yang bersimpati terhadap nasib tiga beranak tersebut, mereka telah berjaya diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan bantuan anggota polis, Penghulu Mukim Padang Mieha dan orang ramai semalam kira-kira jam 10 malam.
Menurut Sinar Harian, pasangan suami isteri yang berusia 32 dan 23 tahun itu telah mendirikan sebuah pondok uzur di atas tanah menggunakan plastik.
Lebih menyedihkan anak pasangan tersebut yang berusia dua tahun pula menghidapi penyakit kulit kronik di bahagian kaki sehingga membataskan pergerakannya. Malah si ibu juga mengalami masalah kulit di seluruh badan sehingga dia terpaksa menyeret kakinya untuk berjalan. Aduhai…
Menurut Pegawai JKM Kulim, Mohamad Zarir Mohamad Khozali, bapa bayi itu pula seorang penganggur yang mengharap bantuan orang ramai dan duit elaun JKM bernilai RM200 sebulan milik isterinya untuk menjalani kehidupan dan membeli dadah. Dah hidup susah pun masih nak beli dadah lagi keee??
Berikutan itu, tiga beranak tersebut telah dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut, manakala bayi itu pula akan diambil alih oleh JKM buat sementara waktu.
Jauhi dadah! Kalau sekali dah terjebak memang susah nak cari jalan keluar. Semoga keluarga ini mendapat bantuan yang sebaiknya.
Baca: Netizen Buat Keputusan Bantu Gelandangan Selepas Mereka Dihalau dan Barangan Dibakar