in

Anak Berusia 4 Tahun Terkorban Dalam Kebakaran, Ibu Mangsa Luah Rasa Terkilan, Tidak Sedar Mangsa Terperangkap Dalam Bilik

Kebakaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian kebakaran telah berlaku di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong di Melaka semalam sehingga mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terkorban dalam kejadian tersebut.

Menurut Sinar Harian, kejadian kebakaran itu berlaku sekitar jam 2.20 petang dan mangsa yang telah terperangkap dalam sebuah bilik ketika kejadian kemudiannya telah ditemui dalam keadaan meninggal dunia terbaring di lantai oleh pihak bomba.


17 anggota bomba telah begegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran setelah menerima panggilan berhubung kejadian terbabit.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika ibu mangsa sedang tidur di kawasan ruang tamu sebelum dikejutkan dengan kejadian itu yang berlaku di salah sebuah bilik di rumah tersebut.

7 2

Artikel berkaitan: Penduduk Putra Heights Anak Kelantan Yang Terkesan Kes Kebakaran Terima Sumbangan RM5,000

Artikel berkaitan: “Tak boleh lari, di akhirat akan ditanya” – 5 Warga Pakistan Terima Penghargaan Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas

Ibu mangsa kemudiannya terus membawa semua anaknya lari keluar dari rumah itu namun wanita berusia 43 tahun itu turut meluahkan rasa terkilan kerana dalam kekalutan itu, dia tidak menyedari bahawa mangsa yang berusia empat tahun tiada di ruang tamu bersama adik-beradiknya yang lain.

6 3

Menurut ibu mangsa lagi, mangsa selalunya bermain bersama adik-beradiknya namun ketika hari kejadian, dia bermain sendirian di bilik berkenaan.

Difahamkan, kejadian kebakaran itu berlaku disyaki berpunca daripada pemetik api yang dimainkan oleh mangsa.

Menurut bomba bangunan itu masih dapat diduduki dengan selamat meskipun kira-kira 30 peratus daripada rumah itu rosak akibat kebakaran itu.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.