in

Anak Baru Lahir Menangis Sampai Bibir Jadi Biru Sebab Nenek Memandai Suap Air Putih

ft bayi membiru sebab nenek bagi air putih

Satu keluarga dari Indonesia berdepan dengan detik cemas apabila bayi yang baru dilahirkan pada awalnya sangat sihat tiba-tiba menangis begitu kuat.

Bayi itu dikatakan merintih dan berubah menjadi kebiruan, rupa-rupanya ia disebabkan nenek kepada bayi itu memberikan air kosong kerana air susu ibu pada waktu itu masih belum keluar.

“Tolong sangat ya ibu yang baru lahirkan atau keluarganya, jangan bagi bayi minum air putih, madu, gula merah atau apa-apapun selain air susu ibu,” ujar seorang bidan yang kongsikan video ini menerusi TikTok.

Jelas bidan tersebut, dah terlalu banyak kali perkara ini terjadi, di mana bayi diberikan air putih sehingga menyebabkan bayi itu tersedak sampai bibir menjadi biru akibat sukar untuk bernafas. Disebabkan kelakuan itu, bayi itu terpaksa pakai oksigen kerana air tersebut telah masuk ke paru-paru dan dirarat di NICU selama 15 hari.

“Kalau bidan kata jangan bagi apa, tolong lah ikut, bayi itu ada cadangan makanan 3 hari lepas lahir dan kalau bayi menangis pun tak semestinya bayi itu lapar.”

@nurullftra

Sakit hati banget kalau ada kasus kaya gini, lebih ke kesel juga sm keluarganya ? #edukasianak #edukasibidan #bayibarulahir #sianosis #lahiran

♬ Ya Maulana Ya Allah – ADZANDO DAVEMA

Dalam masa 3 hari, video ini telah meraih 3 juta jumlah tontonan, rata-rata netizen kasihan melihat nasib bayi tersebut dan ada juga mendoakan suapaya bayi itu sembuh.

Malah, ada juga kongsikan pengalaman lebih kurang sama sehinggakan bayi mereka tidak dapat diselamatkan kerana sikap mentua yang keras kepala.

Mudah-mudahan kita semua dicegah daripada perkara sebegini.

Baca : Suami & Mentua Bagi Bayi 34 Hari Susu Kambing & Madu Sebab Dakwa Susu Ibu Tak Ada Nutrisi

ft mentua bagi susu kambung madu