Pegawai polis viral, Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ tiba di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berikutan dengan pertuduhan menghalang tugas penjawat awam.
Menurut sumber, wanita berusia 37 tahun itu tiba ke kompleks mahkamah dengan menaiki van putih dan diiringi oleh pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Artikel berkaitan : ‘Inspektor Sheila’ Buat Hal Lagi! Didakwa Ganggu Anggota Polis Tahan Warga Asing
Artikel berkaitan : Viral Scene Kena Tendang, Sheila Mambo Minta Netizen Jangan Marah Janna Nick
Inspektor Sheila marah jurugambar
Sebaik sahaja keluar dari kenderaan tersebut, Inspektor Sheila yang mengenakan blaus dan skirt dilihat turut bermesra dengan pihak media.
“Selamat tengah hari semua. Apa khabar? Baik? Sebarang soalan boleh tanya saya kemudian, ya. Seronok berjumpa dengan anda semua. Hari yang baik untuk Malaysia,” katanya.
Namun dia juga sempat memberikan amaran buat para jurugambar yang mengambil gambarnya.
“Awak ada minta izin saya untuk ambil gambar? Itu hak saya. Awak tak boleh ambil gambar tanpa kebenaran saya. Ambil gambar tanpa izin saya, hati-hati.”
Untuk info, Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk menghadapi pertuduhan itu. Peguamnya, M Manoharan berkata, penahanannya telah dibuat pada jam 7.50 pagi, hari ini.
“Dia beritahu bahawa dia sedang dibawa ke Balai Polis Dang Wangi,” katanya.
Sebelum ini, tular lagi video berkenaan Sheila yang dikatakan telah memperlekeh sekumpulan anggota polis yang menahan dan memeriksa lelaki warga Pakistan kerana memandu tanpa lesen pada 4 November lalu.
Ketika pemeriksaan tersebut, dia dikatakan telah menuduh anggota yang dilabel tidak tahu undang-undang, memperlekehkan tindakan mereka dan mendakwa anggota polis terbabit mengugut warga asing itu.
‘Inspektor Sheila’ berang media rakam gambar di Mahkamah
Wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ berang selepas media merakam gambar dan video beliau ketika hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur bagi kes pendakwaan memperlekeh anggota polis. #BeritaFMT pic.twitter.com/JIlVVmifU9
— Free Malaysia Today (@fmtoday) November 12, 2025
Salah seorang anggota polis kemudian membuat laporan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil kerana kelakuan menghina.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan sudah selesai dan kertas siasatan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Sumber : X, Harian Metro
