Peminat francais filem Pirates of The Caribbean (POTC) mesti dah sedia maklum dengan isu yang menimpa tunjang utama filem ini iaitu Johnny Depp. Pelakon berusia 58 tahun itu kini sedang bertarung di mahkamah bersama bekas isterinya, Amber Heard, 36, berkenaan kes dakwaan mendera.
Macam-macam plot twist muncul sepanjang perbicaraan kes ini sehinggakan Heard yang membintangi filem Aquaman dikatakan adalah dalang sebenar dan dialah yang mendera Johnny Depp dan bukan sebaliknya.
Baru-baru ini, satu lagi plot twist berkaitan kes ini muncul selepas satu syarikat kosmetik, Milani, mendakwa kit concealer yang didakwa Heard digunakan untuk menutup kesan lebam akibat didera bekas suaminya sebenarnya hanya mula dijual selepas pasangan selebriti itu sudah bercerai.
Dalam satu video yang sudah meraih lebih empat juta tontonan (setakat artikel ini ditulis), Milani Cosmetics menunjukkan bahawa produk All In One Correcting Kit yang dijual mereka hanya mula dipasarkan pada tahun 2017, iaitu setahun selepas pasangan Johnny Depp dan Amber Heard bercerai.
Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:
@milanicosmetics You asked us… let the record show that our Correcting Kit launched in 2017!👀 #milanicosmetics
Menurut peguam Benjamin Rottenborn yang mewakili Heard, dia menyatakan anak guamnya itu membawa produk keluaran Milani itu di dalam begnya setiap masa sepanjang Heard dan Depp bersama bagi memastikan kesan lebam akibat didera bekas suaminya tidak akan terlihat oleh orang lain.
Pun begitu, menurut video yang dimuat naik Milani, produk terbabit hanya mula berada dipasaran pada tahun 2017. Heard dan Depp pula sudah bersama semenjak tahun 2014. Mereka berkahwin pada tahun 2015 sebelum Heard memfailkan penceraian setahun kemudian.
Setakat ini tiada kenyataan balas dikeluarkan peguam Heard susulan video yang dimuat naik Milani Cosmetics ini.
Sumber: Metro UK, TikTok @milanicosmetics
Baca: Didera Kejam Dengan Bekas Isteri? Ini Kronologi Kes Johnny Depp-Amber Heard Yang Korang Kena Tahu