in

“Allah penentu segalanya” – Penulis Surat Layang Kes Zulfarhan Akhirnya Bersuara

Syaz Ft 2024 07 25T152223.836

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut dan bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman merupakan satu kes yang menggemparkan seluruh Malaysia.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut UPNM yang didakwa membunuh Allayarham Zulfarhan.


Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Artikel berkaitan: “Sebab tu Nabi larang” –  Dituduh Curi Laptop Punca Zulfarhan Dibuli, Pendakwah Nasihat Jangan Percaya Bomoh

Artikel berkaitan: “Terima kasih orang baik” –  Netizen Berterima Kasih Kepada Penulis ‘Surat Layang’ Kes Zulfarhan

Antara petunjuk terpenting dalam kes ini ialah surat layang yang diedarkan sejurus penulis itu terlihat Allahyarham dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Penulis surat itu disahkan ialah Muhammad Aiman Aufa yang merupakan bekas penuntut UPNM pada ketika itu.

Netizen memuji tindakan Muhammad Aiman itu dan Instagram miliknya dipenuhi dengan kata-kata terima kasih buatnya kerana cuba untuk membantu Allahyarham Zulfarhan.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya Muhammad Aiman berkongsi ini merupakan kali pertama selepas hampir lapan tahun dia melihat semula surat layang yang ditulis olehnya itu.

Cats 24

“Setelah hampir 8 tahun, ni first time saya tengok semula surat ni. Lepas saya letak tu, tak pernah tengok dah sampai sekarang.

Ni tak tahu la macam mana boleh sampai ke public, apa-apa pun, Al-Fatihah buat keluarga arwah. Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha, Allah penentu segalanya,” tulisnya.

Hantaran itu dimuat naik menerusi IG story, dia juga memuat naik gambar surat layang yang ditulis olehnya itu.

Al-Fatihah buat Zulfarhan…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.