Di saat kedai hardware lain tengah tutup pada hari Ahad, seorang pengguna Twitter ini terjumpa satu kedai di kawasan Lanchang, Pahang ini.
Ketika masuk ke kedai tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Aaron, 40 ini terpegun dengan beberapa ayat yang ditulis atas kertas dan ditampal di dinding kedai tersebut.
“Allah jadikan berbagai kaum bukan untuk bergaduh tapi untuk berbaik”
Kata-kata hikmah yang dikongsikan di Twitter miliknya dan telah meraih hampir 7,000 jumlah retweets sepanjang 2 hari ia dikongsikan.
Difahamkan, kalau nak cari kedai ini menerusi navigasi, ianya agak sukar kerana tidak tersenarai, jadi, bagi mereka yang tinggal di kawasan Lanchang, Pahang, boleh ikut panduan yang diberikan oleh lelaki ini.
Gilalah, kedai hardware uncle ni kalau waze/google map or google nama kedai tak jumpa siut. Siapa nak pergi kedai dia just waze Agrobank Lanchang, depan SMK Datuk Bahaman. Sederet dengan Agrobank tu.
— Yang Berukmat ?? (@The_UglyOrgan) February 14, 2022
Menerusi Malaysiakini, Aaron menjelaskan bahawa dia selalu ke kedai uncle tersebut sejak Disember lalu, memandangkan dia merupakan salah seorang sukarelawan banjir yang kini terlibat dalam kerja membaik pulih sebuah madrasah di Lanchang bersama beberapa pasukan yang lain.
Melihat kata-kata hikmah yang diberikan, ramai rakyat Malaysia tersentuh, malah ada segelintir yang pernah ke kedai tersebut memuji sikapnya yang peramah dan ada juga puji barangan yang dijual olehnya berkualiti tinggi.
Bahkan, ramai juga yang turut mendoakan kesejahteraan uncle ini. Min yang terbaca kata-kata hikmah dia pun turut tersentuh.