in

“Allah gerakkan hati” – Penduduk Kongsi Penemuan Jasad Zayn Rayyan Selepas 3 Kali Cari Di Lokasi Sama

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, gempar di media sosial mengenai seorang kanak-kanak autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang hilang di kawasan perumahannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Selasa lalu.

2451716

Disebabkan tu, ramai penduduk sekitar dan pihak berkuasa bersama-sama mencari kanak-kanak tersebut yang dikatakan hilang di kawasan sungai berhampiran dengan kediamannya.


Akan tetapi, disebabkan faktor cuaca dan keadaan sekitar, pihak polis, bomba dan penduduk tidak menemui kanak-kanak ini di situ walaupun setelah dua kali mencari di lokasi sama.

Artikel berkaitan: Kanak-kanak 2 Tahun Hilang Disyaki Jatuh Dalam Parit Tepi Jalan Telah Ditemui

Artikel berkaitan: Madeleine McCann: Kes Kanak-Kanak Hilang Paling Popular Tapi Masih Jadi Misteri Hingga Sekarang

Di samping itu, khidmat anjing K9 juga digunakan namun tiada sebarang petunjuk tentang mangsa di kawasan itu. Pun begitu, seorang penduduk, Faizol Najib Abdul Naim berjaya menemui jasad kanak-kanak itu semasa mencari di lokasi sama buat kali ketiga.

G1

Menurutnya, dia tergerak hati untuk pergi melakukan pencarian di kawasan anak sungai yang termasuk dalam skop pencarian dan menyelamat kanak-kanak tersebut.

“Saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai walaupun sebelum ini Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melakukan pencarian di lokasi sama.”

Pada awalnya, dia sepatutnya melakukan pencarian dari rumah ke rumah namun, naluri hatinya tergerak untuk menuju ke kawasan belukar di belakang apartmen tersebut.

Autistik Meninggal Dunia

“Pada waktu itu keadaan amat gelap dan ketika saya menyuluh ke arah sungai, saya dapati adanya sekujur tubuh dalam keadaan mengiring.”

Setelah memeriksa tubuh tersebut, ternyata itu merupakan jasad Zayn Rayyan yang lengkap dengan pakaian dan lencana sekolah seperti waktu dia hilang. Setelah itu, dia terus memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk pemeriksaan lanjut.

Tambahnya, dia bersama penduduk setempat ada melaksanakan solat hajat untuk mencari kanak-kanak autisme tersebut.

“Mungkin Allah makbulkan doa semua jemaah, dan menggerakkan hati saya untuk mencari di kawasan terbabit.”

Kini, kes masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan jasad adik Zayn telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Zayn…

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.