in

Aliff Syukri Tipu Nilai Kos Pembedahan Mata Anak?

Cepatcepat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana satu betul ni?

Sesiapa yang follow perkembangan Datuk Seri Aliff Syukri mesti tahu yang pengasas kosmetik ni memang suka hebahkan pasal harga barang mewah yang dibelinya. Tapi kali ni Aliff dikatakan dah menipu atau ‘gebang’ pasal harga rawatan mata anaknya.


Sebelum ni anak sulung Aliff yang bernama Ammar Ahyan dikhabarkan kena jalani pembedahan untuk memperbetulkan matanya. Aliff memaklumkan yang pembedahan tu perlu dilakukan sebab Ammar selalu mengadu dia diejek kawan-kawan kerana matanya yang juling.

Qs
sumber: instagram

Menurut Aliff, lepas pembedahan tu mata Ammar dah elok. Disebabkan itu, ramai la tertanya-tanya berapa sebenarnya kos keseluruhan rawatan mata yang dilakukan ke atas anak sulung Aliff tu. 

Melalui Instagram, Aliff mendedahkan yang harga rawatan tersebut bernilai RM15,000. Katanya dia tak kisah nak berhabis ribuan ringgit demi anaknya yang tersayang.

Saas
sumber: instagram

Tapi peminat rasa pelik pulak bila Aliff jawab soalan yang sama dengan jawapan yang berbeza. Rupa-rupanya lepas tu ada lagi orang lain tanya soalan pasal kos rawatan mata Ammar tapi Aliff jawab harganya RM25,000 pulak. Aik mana satu betul??

Ewe
sumber: instagram

Mula-mula cakap RM15,000 tapi lepas tu cakap RM25,000 pulak. Berapa sebenarnya ni? Bila jadi macam ni, ramai curious yang Aliff tersalah taip atau dia sebenarnya tak tahu kos sebenar rawatan mata anak dia.

Ramai menuduh Aliff ni suka menipu dan tak beritahu kos rawatan sebenar rawatan mata anak dia. Dengan sikapnya yang selalu suka menunjuk-nunjuk, ramai fikir Aliff ni kaki gebang dan sengaja menambah-nambah jumlah rawatan mata anak dia.

Ok 3
sumber: instagram

Berapa sebenarnya kos rawatan mata Ammar ni? Ada sesiapa tahu, boleh share kat admin tak?

Baca: Aliff Syukri Dikecam Tunjuk Gambar Anak Masih Bertali Pusat

Aadsd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.