Masih ingat dengan kes yang melibatkan Aliff Aziz dikatakan mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai suatu ketika dulu?
Menurut mStar, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz telah dijatuhkan hukuman penjara 2 minggu dan denda $500 iaitu bersamaan RM1,500 selepas didapati bersalah atas kelakuannya di atas.
Aliff, 29, mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu mencuri dan berkelakuan tidak sopan tersebut di Mahkamah Negara Singapura pada 7 Ogos lalu.

Menerusi kertas pertuduhan yang dibacakan, Aliff didakwa mencuri wang sebanyak Singapore Dollar $300 (RM915) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.
Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siaw berkata, Aliff mengakui akan kesalahan mencuri wang tunai kerana ‘dia memerlukan wang’.
Aliff katanya telah menggunakan wang tersebut untuk makan dan pengangkutan.

Dalam kes yang berbeza, Aliff telah didapati mabuk di bawah jambatan pusat membeli-belah Orchard Towers sekitar jam 5.30 pagi pada 10 November 2019.
Pihak polis telah meminta Aliff untuk bertenang dan dia mematuhi sebelum penyanyi terbabit melakukan tindakan serupa lagi dalam 1 jam kemudian.
Semoga Aliff tidak melakukan perkara yang sama lagi pada masa akan datang.
Baca: “Marriage bukan main masak-masak” – Bella Geram Netizen Gelar Pavithra ‘Bella Astillah 2.0’