Februari lalu, hakim mahkamah Seksyen Kuala Lumpur memerintahkan pelawak, Ali Puteh membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah.
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan disaman fitnah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan kakak iparnya itu di Instagram, dua tahun lalu.
Terbaharu, Mahkamah Tinggi pada hari ini menolak rayuan Ali Puteh serta tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah terhadap Siti Norhidayah.
https://www.instagram.com/p/CloBZnsJkTE/?utm_source=ig_web_copy_link
Menerusi prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan saman mereka terhadap Norhidayah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Difahamkan, saman itu berkaitan temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Aliff Syukri.
Selain itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen, Februari lalu selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak.
Menurut peguam yang mewakili Ali Puteh, Noorazmir Zakaria, dia tak dapat sebarang arahan untuk mengemukakan rayuan baru daripada anak guamnya.
Katanya, Ali Puteh tidak ada bersama ketika prosiding yang dijalankan secara tertutup menerusi aplikasi Zoom.
Kontroversi bermula apabila Siti Norhidayah memfailkan saman keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga selain daripada menuduh bekas adik iparnya itu mengambil harta Abam dan harta anak yatim. Dia juga memfailkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
Sumber: Harian Metro
Baca: Gara-gara Hidayah Beli Vellfire Baru, Ali Puteh Disindir & Dimaki Hamun Netizen

