in

“Alasan yang tidak boleh diterima” – Pakar Bahasa Tepis Kenyataan Menteri Pelancongan Isu Papan Tanda

Menteri Pelancongan Isu Papan Tanda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melancarkan satu operasi berskala besar dengan menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu atau dwibahasa di beberapa kawasan di bandar berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Pelancong, Datuk Seri Tiong King Sing dilihat kurang senang dengan tindakan penguatkuasaan terbabit.


Menurutnya, perkara itu menyebabkan pelancong mempersoal mengenai keterbukaan dan keterangkuman Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum sekali gus menjejaskan kedatangan mereka ke negara ini.

Artikel berkaitan: Menteri Pelancongan Gesa Hotel Beri Pengguna Menginap Sekurang-kurangnya 23 Jam Sehari

Artikel berkaitan: Maybank Di Kota Kinabalu Ini Jadi Spot Tarikan Pelancong Luar Untuk Bergambar

Screenshot 2024 11 25 152814

Kenyataan bersifat alasan

Namun, pakar bahasa dan perpaduan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong menyifatkan kenyataan kononnya tindakan DBKL menurunkan papan tanda bahasa Mandarin boleh menjejaskan kedatangan pelancong hanya alasan atau dalih yang tidak boleh diterima.

Ujar Felo Kanan, Majlis Profesor Negara (MPN) itu, pelancong asing boleh memahami tindakan diambil oleh DBKL itu sekiranya kewajaran tindakan itu diperjelaskan kepada mereka.

Dr Teo berkata, apatah lagi tindakan penguatkuasaan yang diambil itu selari dengan Undang-Undang Kecil Wilayah Pesekutuan 1982.

Tegasnya, undang-undang itu dengan jelas menyebut mana-mana papan tanda yang langsung tidak menggunakan atau menonjolkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dianggap menyalahi peraturan tersebut.

“Jika keadaan sebenar diberitahu, pelancong dari China boleh memahami tindakan DBKL itu adalah wajar kerana premis terlibat telah melanggar peraturan,” katanya.

Justeru, beliau meminta semua pihak khususnya King Sing berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya tindakan DBKL tersebut tidak dilihat menjurus kepada perkauman.

Sumber: Malaysia Gazette

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.