in

Alasan Nia Ramadhani Ambil Dadah Sebab Sedih Bapa Meninggal, Hakim Persoal 7 Tahun Baru Rasa Sedih?

bapa meninggal alasan nia ambil dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai sedia maklum, pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani tidak lama dulu telah ditahan polis akibat kes penyalahgunaan dadah.

Selain dirinya, suaminya, Anindra Ardiansyah Bakrie dan pemandu mereka, Zen Vivanto juga ditahan atas pertuduhan yang sama.


745x489 img 69407 ardie bakrie menguatkan istrinya nia ramadhani ketika menyampaikan permintaan maaf

Semasa perbicaraan kes di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat semalam, Nia memberitahu punca dia mengambil bahan terlarang itu kerana berasa sedih dengan kematian ayahnya pada tahun 2014, lapor CNN Indonesia.

 

Tak pernah cerita kesedihan kepada siapa-siapa 

Menurut Nia, dia tidak pernah menceritakan tentang betapa dirinya merasa sangat kehilangan akibat daripada pemergian bapanya itu.

Pada awal 2014 bapa saya meninggal dunia dan saat itu saya berjumpa dia baru tiga tahun sebelum dia meninggal. 

“Pada saat itu sampai April 2021 saya tidak pernah bercerita dengan sesiapa pun bahawa saya benar-benar rasa kehilangan,” katanya di depan hakim.

pemeriksaan terdakwa nia ramadhani dan ardi bakrie 1 169

Nia pernah juga menceritakan kesedihannya itu kepada teman, namun dia dinasihatkan supaya tidak perlu bersedih. Menurut temannya, ramai lagi orang lain yang ingin hidup mewah seperti apa yang dilaluinya sekarang.

“Nia malulah untuk sedih kerana hidup kamu itu banyak yang mahu, kamu patut bersyukur. Dia kata saya tak patut bersedih,” cerita Nia.

Nia pada ketika itu berasa sangat sedih kerana menganggap dirinya seolah-olah disumpah dan tidak boleh berasa sedih serta harus sentiasa kelihatan gembira walhal pada ketika itu dia merasa sangat kehilangan.

 

Hakim persoal kenapa lepas 7 tahun baru ambil dadah?

Mendengar penjelasannya, hakim kemudian bertanya jarak masa kematian orang tuanya dengan tempoh dia mula mengambil dadah.

Hakim juga menilai jarak waktu yang cukup jauh antara tarikh kematian bapanya dengan tindakan mengambil dadah untuk menghilangkan kesedihan.

Sudah lama sekali waktunya, orang tua saudara meninggal tahun 2014, kemudian saudara berasa sedih kerana kehilangan. Tapi kenapa selepas 7 tahun kemudian baru saudara mencari jalan keluar?” tanya hakim.

04122021 41 2 nia cantik

Nia menjawab dengan mengatakan kesedihannya kembali pada April lepas kerana tidak dapat mengucapkan selamat ulang tahun kepada bapanya.

Kesedihan itu juga buat dia teringat akan tawaran seorang rakan industri yang memberitahu tentang ada sesuatu yang boleh buat perasaan sedih kita menjadi bahagia.

Terdahulu, Nia dan Ardi Bakrie telah ditahan pada Julai lepas selepas terkait dengan kes penyalahgunaan dadah. Menerusi tangkapan, pihak polis telah menjumpai dadah jenis syabu seberat 0.78 gram.

Semoga Nia dan suaminya menjauhi dadah dan tidak mengulangi perbuatan ini lagi. Dadah boleh memusnahkan kehidupan seseorang. 

Baca: “Saya sedar seharusnya beri contoh yg baik bagi anak-anak” – [VIDEO] Netizen ‘Salute’ Nia Ramadhani Mengaku Silap Sendiri Ambil Dadah

nia

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.