in

Alami Kecederaan Otak Lepas Bertarung, 2 Petinju Jepun Meninggal Dunia

Petinju Jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jepun diselubungi duka selepas kehilangan dua atlet tinju muda, Shigetoshi Kotari dan Hiromasa Urakawa, yang disahkan meninggal dunia hanya beberapa hari selepas mengalami kecederaan otak ketika bertarung secara berasingan di Korakuen Hall, Tokyo, pada 2 Ogos lalu.

Screenshot 2025 08 10 at 12.38.46 PM

Kedua-duanya berusia 28 tahun, menghadapi komplikasi pendarahan di dalam tengkorak (subdural haematoma) dan menjalani pembedahan segera.


Kotari menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat selepas tamat pertarungan penuh selama 12 pusingan yang berakhir seri menentang Yamato Hata.

Sementara itu, Urakawa tewas oleh KO kepada Yoji Saito dan dimaklumkan meninggal dunia pada hari berikutnya, Sabtu.

Screenshot 2025 08 10 at 12.39.20 PM

Artikel berkaitan: Jadi Mangsa Buli Siber, Petinju Algeria Saman Elon Musk, J.K Rowling Dan Beberapa Tokoh Lain

Artikel berkaitan: Mohamed Salah Tuntut Penjelasan UEFA Tentang Kematian ‘Pele Palestin’

Memetik laporan Astro Awani, Majlis Tinju Dunia (WBC) meluahkan rasa sedih terhadap pemergian Kotari, serta menyampaikan simpati kepada keluarga dan sahabat mendiang.

Presiden WBC, Mauricio Sulaiman turut mengirimkan doa agar keluarga dan rakan-rakan tabah menghadapi kehilangan ini.

Sementara itu, organisasi tinju global turut menganggap insiden ini sebagai peringatan kepada komuniti sukan tinju di Jepun, dan menyampaikan ucapan takziah kepada semua yang terkesan dengan pemergian kedua-dua petinju muda ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.