Umum dah sedia maklum yang drama 7 Hari Mencintaiku memang mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat drama tempatan. Kebiasaannya satu ahli keluarga akan kumpul ramai-ramai dan tonton drama ni sampai ada yang meleleh air mata, geram dan tunjukkan bermacam emosi.
Disebabkan permintaan yang tinggi dari para peminat, drama ni dah diteruskan sampai musim ketiga. Selepas lebih sebulan drama ini ditayangkan di televisyen, drama ini telah tamat dengan pemergian watak Pak Samad. Waktu ini ramai yang sedih sebab Pak Samad ada tinggalkan pesan untuk setiap ahli keluarganya. Min pun sedih tau tengok!
Walaupun trending hampir setiap episod, namun peminat kena akur dan terima hakikat bahawa fenomena ‘7HM’ ini terhenti pada musim ketiga dan tidak ada lagi sambungan pada masa akan datang. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh penulis skrip dan juga penerbit di Facebooknya, Siti Rosmizah Novelis SR Publication.
https://www.facebook.com/sitirosmizahpublication/videos/709432376945976
Siti Rosmizah berterima kasih kepada peminat setia drama ini dan turut menghargai barisan pelakon serta kru yang terlibat dalam menyempurnakan siri 7 Hari Mencintaiku sejak musim pertama lagi pada tahun 2016.
Selain itu, beliau turut memuat naik babak pemergian Pak Samad serta mengucapkan selamat tinggal buat selamanya terhadap naskhah berkenaan. Di akhir katanya, Siti Rosmizah sempat memberitahu bahawa peminat akan disajikan dengan karya Andai Itu Takdirnya jika ada rezeki.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat mengucapkan tahniah kepada para pelakon dan ada juga yang sedih sebab dah tak dapat lagi tengok telatah keluarga Pak Samad.
“Terima kasih ceriakan hari kami” – Komen netizen
Lepasni tak bolehla dengar Mak Leha bebel dengan ganyang si Nurul tu lagi!
Baca: “Nurul ni kan!!!” – [VIDEO] Wanita Pukul TV Sebab Geram Dengan Watak Drama 7 Hari Mencintaiku 3