in

“Aku terima nikahnya dengan mas kawin seliter minyak” – Pengantin Buat Kelainan Bagi Mahar Minyak Masak

Pengantin Viral Ponorogo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut pasal pemberian hadiah ni, jarang orang mempertikaikan nilai pemberian tersebut dan sebut pasal pemberian, seorang lelaki di Jawa Timur baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai gara-gara pemilihan mahar atau mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan.

Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Supadi (60 tahun) ini telah memberikan 1 liter minyak masak beserta duit bernilai RM 1 juta Rupiah (+/- RM 292) sebagai mahar kepada pengantin perempuan.


Menariknya, pasangan dari Ponorogo ini memilih tarikh yang cantik dan menjadi idaman para pasangan untuk berkahwin iaitu 22/2/2022 dan pemberian ini ternyata bukan ‘biasa-biasa’ kerana kawasan berkenaan sememangnya sedang dilanda masalah kekurangan bekalan minyak.

pengantin di ponorogo beri mahar minyak goreng 169

Difahamkan, harga bagi 1 liter minyak disana mencecah 17,500 Rupiah atau sekitar RM5.11 sen manakala untuk perbandingan, harga minyak masak di Malaysia untuk paket 1 liter hanyalah, RM2.50.

Menurut pegawai di Kantor Urusan Agama (KUA), pihak pengantin sengaja memberikan minyak tersebut kerana ianya merupakan barang yang ‘sukar’ untuk didapatkan (ketika ini) selain harganya yang melambung naik.

Selain itu, pihak pengantin lelaki turut menyatakan walaupun nilainya tidak mahal tetapi ia sangat diperlukan oleh masyarakat dan ia juga membawa maksud supaya hidup besederhana, dalam masa yang sama, bermanfaat.

ilustrasi harga minyak goreng

Disamping mahar yang unik tersebut, pasangan ini juga sengaja memilih tarikh yang cantik itu untuk mengikat tali perkahwinan yang difahamkan untuk kali kedua buat kedua-duanya kerana mereka berstatus duda dan janda akibat cerai mati.

P/s : Tetibe min teringat babak cerita Ahmad Albab, “garam dan gula lah tanda kasih sayang kami pada abah”

Baca : Dakwa Lafaz ‘Susah’ Di Malaysia, Ramai Kongsi Pengalaman Akad Nikah Di Luar Negara

fi akad

Sumber: Detik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.