in

“Aku punya gaji lagi tinggi dari komisyen kau!” – [VIDEO] Bunga Bengang Kena Layan ‘Teruk’ Di Machines, KLCC

bunga machines 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, bekerja dalam bidang retail bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka perlu melayan karenah pelanggan yang kadangkala boleh menyakitkan hati.

Pun begitu, ia bukanlah tiket untuk menjadi kurang adab atau tidak menghormati pelanggan yang hadir ke kedai anda.


Itulah yang terjadi kepada penyanyi rap tempatan, Bunga. Dia berkongsi pengalaman pahitnya ketika ingin membeli barang di sebuah kedai barangan elektronik di pusat beli-belah KLCC.

@yanaothmann

Thank You Bunga! Suarakan pendapat mengenai Cara Serve Customer by Machine KLCC STAFF! Actually aku pun penah kene! Pakai slekeh dorg layan tak layan je! Rupenye ramai dah kene ye! #iphone #machineklcc #customerservice

♬ original sound – yanaothman – yanaothman

Dalam video berdurasi 3 minit yang dimuat naik oleh @yanaothmannn di laman TikTok miliknya, Bunga menceritakan dia telah pergi ke kedai Machines untuk bertanya mengenai adapter yang ingin dibelinya.

Ketika penyanyi lagu Intan Payung itu bertanyakan beberapa soalan mengenai barang tersebut, pekerja di premis berkenaan seolah tidak endah dengan soalannya dan menjawab secara sambil lewa.

“Sebab aku pakai selekeh? I pakai t-shirt, sweatpants dengan tudung sarung ni slekeh je, sebab I memang nak beli and then I nak balik” katanya. 

Dia juga berkata, pekerja itu menjawab persoalannya dengan respon yang tidak wajar hanya kerana pemakaiannya yang simple.

Malah, dia menyatakan dia tidak meninggikan suara ketika berurusan dengan pekerja tersebut tetapi pekerja tersebut masih tidak memberi layanan yang terbaik kepadanya sebagai seorang pelanggan.

“Machines service memang out!”

Rupanya, bukan rapper kecil molek itu sahaja yang pernah melalui pengalaman seperti itu, ramai netizen termasuk selebriti Bella Astillah juga pernah terkena.

mcnh

Apa-apa pun, respect je lah each other. Itu kan customer, nanti rating kedai jatuh kan dah susah…

Baca: [VIDEO] Snoop Dogg ‘Collaborate’ Dengan Joe Flizzow Buat Lagu Untuk JDT

Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.