in

“Aku masuk bilik diaorang tengah…” – Hati Lelaki Remuk Tengok Bakal Isteri ‘Check-In’ Dengan Kawan Sendiri

ft kantoi curang depan mata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati mana yang tak punah apabila diri begitu teruja sebab dah tak lama lagi ingin melayari bahtera perkahwinan, jadi terbantut setelah mengetahui diri dikhianati oleh insan yang bakal menjadi suri hati dalam hidup.

Jiwa pemuda yang dikenali sebagai Mabrur Algazalilubis remuk saat mengetahui bakal isterinya curang sebulan sebelum mereka berkahwin, lebih pedih lagi apabila melihat dengan matanya sendiri bakal isterinya itu curang dengan….


 

Kantoi check-in hotel dengan kawan sendiri

Menerusi perkongsiannya di TikTok yang telah meraih jutaan penonton dalam masa 3 hari, pada mulanya dia tak percaya, tetapi dia cuba ekori pasangannya itu dari belakang, rasa sangsi mula timbul apabila melihat si dia itu menuju ke hotel.

“Kalau korang ada kat tempat aku, korang akan pertahankan atau putuskan sahaja?”

@mhd_mabrur

ya Allah sakit banget ?? rasnya ?? kalo menurut kalian udahin atau lanjut ?

♬ suara asli – rafaaldiansyah – rafaaldiansyah

“Ya Allah sakitnya tak seberapa malunya ini. Padahal semua persiapan sudah dibuat tapi kenapa jadi macam ni.”

@mhd_mabrur

Balas @ririfitri6 ya Allah ? sakitnya gk seberapa ?? malunya ini sumpah .mnurut kalian pertahanin atau udahin ? kasi saran fllow Ig : m.mabruralgazalilubisofficial

♬ suara asli – rafaaldiansyah – rafaaldiansyah

Ada netizen meminta agar bukti itu dikumpulkan supaya perkahwinan mereka batal. Mabrur berkata, dia sudah kumpulkan semua bukti tapi perasaannya masih berbelah bagi.

“Tapi satu sisi aku masih sayang, satu sisi aku masih benci, aku masih tak boleh nak bezakan antara cinta dan benci. Menurut korang, aku patut pertahankan atau putus je? Jujur sakit sangat rasanya ni.”

@mhd_mabrur

Balas @aldyaldyka ya Allah sakit bangt sumpah ? menurut kalian aku pertahanin atau udahin aja ? kasi saran plis di fllow Ig : m.mabruralgazalilubisofficial

♬ TAK INGIN USAI SADVIBES VERSION – Sadvibes?

Dalam pada itu, Mabrur juga ada menyatakan bahawa semua bukti ini akan dia simpan sebagai memori yang menyakitkan buat dirinya. Dia juga turut mendedahkan rakaman selanjutnya ketika sudah sampai di hotel tersebut.

Katanya, pada awalnya receptionist enggan membenarkannya masuk ke dalam bilik kerana ingin menjaga privasi pelanggan, namun setelah dijelaskan perihal sebenar, barulah dapat kebenaran.

“Setelah aku berusaha tunjukan semua bukti yang lengkap, mereka bagi kad ID pintunya dan ditemani pekerja hotel bertugas. Aku buka pintu bilik tu, aku terkejut tengok mereka sedang…Sakitnya ya Allah, aku malu sangat, sumpah.”

@mhd_mabrur

Balas @kartikachandra.99 bukti2 udah q persiapkn ? 1 sisi synk 1 sisi sakit .menurut kalian pertahanin atau udahin ? fllow Ig : m.mabruralgazalilubisofficail

♬ TAK INGIN USAI SADVIBES VERSION – Sadvibes?

Bersimpati dengan nasibnya, ramai netizen memberikan kata-kata semangat agar lelaki ini tabah dalam menghadapi dugaan dan ada juga menyatakan bahawa ini adalah satu petunjuk bahawa wanita itu bukanlah yang terbaik buatnya.

Baca : [VIDEO] Kantoi Curang Dengan Isteri Dekat Pusat Vaksin, Suami &  Skandal Dibaling Kerusi

ft suami kantoi curang dekat pusat vaksin e1634435605326

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.