in

“Aku diam korang menjadi-jadi pulak” – Abang Tesla Nak Saman 3 Individu Masuk Campur Hal Rumah Tangganya

Abg Tesla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari lalu, nama pempengaruh yang berkahwin dua iaitu Abang Tesla kembali naik susulan diketahui berita isteri keduanya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Tiba-tiba, muncul pula dakwaan daripada segelintir individu yang menuduh isteri kedua Abang Tesla, Nursyafiqa Mohd Hanafi dikatakan ingin membolot harta setelah melahirkan anak pertama mereka.


Malah isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina ada meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan pihak yang dikatakan ingin claim syarikat Khal Legacy yang menurutnya telah dibina bersama-sama suami sejak dari awal lagi.

Artikel berkaitan: “Semua salah datang dari saya” – Abang Tesla Mohon Netizen Hanya Kecam Dirinya, Jangan Serang Isteri-isteri

Artikel berkaitan: Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Ada Yang Tuduh Isteri Kedua Abang Tesla Cuba Bolot Harta?

Screenshot 2024 09 05 121015

Abang Tesla nak saman 3 individu

Terbaharu, Abang Tesla atau nama lengkapnya Muhammad Khal Iltizam Yusry mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang mencampuri urusan rumah tangganya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story, Abang Tesla memaklumkan tujuannya berbuat demikian sebagai pengajaran kepada semua individu agar berhati-hati dalam berkata-kata terutama mengenai urusan peribadi orang lain.

“Aku diam korang menjadi-jadi pula. Esok (hari ini) saya akan saman tiga individu untuk dijadikan pengajaran kepada semua yang masuk campur acah terpaling tahu dalam rumah tangga.

“Yang menghina seolah-olah tahu semua dalam sampai katil rumah saya teruskan,” tulisnya.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik itu, individu terbabit meninggalkan komen jelik terhadap sikap Abang Tesla dalam menjaga hubungan antara kedua-dua isteri.

Screenshot 2024 09 05 103209

Sebelum ini, Abang Tesla memohon netizen untuk melemparkan kecaman kepada dirinya sahaja dan bukan kepada kedua-dua isteri.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.